Siakap Keli
Gambar: Syarifah Farhana Syed Fadzil

Hilangkan Habuk, Akak Ni Kongsi Cara Mop Karpet Agar Lebih Bersih

Hilangkan Habuk, Akak Ni Kongsi Cara Mop Karpet Agar Lebih Bersih

Umumya, karpet sering digunakan sebagai hiasan di dalam rumah. Kepelbagaian corak dan warna karpet yang menarik membuatkan rumah lebih cantik dan berseri.

Tetapi untuk memastikan karpet itu cantik, kita perlu sering membersihkannnya untuk menghilangkan segala kotoran.

Ramai antara kita cuma menggunakan vakum untuk menghapuskan debu-debu atau habuk yang melekat di dalam karpet. Namun, kerja untuk membersihkan karpet yang berukuran besar bukanlah perkara yang mudah jika dilakukan secara berseorangan.

Jangan risau kali ini SK akan berkongsi cara membersihkan karpet yang besar dengan mudah.

Baru-baru ini satu perkongsian tentang tips mop karpet yang dikongsikan oleh Syarifah Farhana Syed Fadzil telah tular semula.

BACA: Tak Payah Cari “Link”, Korang Boleh Layan Bola Guna Aplikasi Ni Tanpa “Lag”, Siap Kualiti Tinggi

Menurutnya, dia memperolehi tips ini daripada seorang pembantu rumahnya. Ikuti perkongsiannya di bawah ini

Cara mop karpet

Siapa yang pernah mop karpet? Kelakar kan mop karpet? Fana tahu karpet boleh mop daripada sorang maid ni, bila dia mop karpet, Fana tanya dia,  (karpet boleh mop ya?)

So dari situ fana belajar setiap seminggu sekali fana mop semua karpet yang ada dalam rumah, semput jugak dik oi macam nak tercabut jantung kak Fana. Tapi lepas mop tu korang akan rasa macam karpet baru yang bersih giler bebas kuman parasit bagai.

Gambar: Syarifah Farhana Syed Fadzil

Korang cuma masak air tak kisah la dalam cerek ke, dalam kawah ke, dalam periuk ke whatevre la, fana masak dalam periuk beso pasal tak ada cerek. Almaklom la kita pakai coway. Korang masak agak agak banyak nya tu tenggelam mop cukup la, lagi banyak lagi bagus.

Pastu dah didih korang curah ke baldi mop, bebaik dik air mendidih tu kang tak pasal korang saman fana yang ajar main air panas. Pastu letak garam dalam 2 sudu makan dan 1 tutup pure detol, jangan korang pakai sabun mandi jel detol pulak ya.

Gambar: Syarifah Farhana Syed Fadzil

Pastu korang perah mop tu kekuat jangan sampai ada air menitik, eh jap jap jangan perah pakai tangan tau. Pastu korang menari zumba la atas karpet tu dengan mop korang okay ada paham???

P/s: time mop sambil berzumba tu korang kena tenyeh tenyeh sikit kat karpet tu, nanti dalam air mop korang nampak la betapa cafe latte nye air mop korang.

BACA JUGA: Tak Pernah Dibuat Orang, Lelaki Kongsi Resepi Udang Celup Biskut Gulung, Sedap & Unik

Sumber: Syarifah Farhana Syed Fadzil

Ezzatul Syafiqah