Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah
SHAH ALAM (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila punggungnya tercucuk besi pagar sedalam 15 sentimeter di kediaman keluarganya di Taman Seri, Sungai Besar, Sabak Bernam, semalam.
Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 6.25 petang.
“Seramai 10 anggota bomba termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar telah ke lokasi kejadian. Setibanya di lokasi kejadian, kanak-kanak itu masih berada di pagar besi rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.
“Anggota bomba segera bertindak bagi mengangkat kanak-kanak berkenaan sebelum dibawa ambulans ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Menurut Wan Md Razali, ketika kejadian ibu mangsa tiada di rumah dan kejadian itu hanya disedari oleh jiran.
“Menurut jiran, mangsa sering dilihat bermain di atas pagar tersebut,” katanya.
BACA: Kanak-Kanak Lelaki 12 Tahun Maut Dibaham Buaya Ketika Cari Siput
Dua kanak-kanak lemas, seorang lelaki hilang ketika mandi di pantai Bagan Lalang
Baru-baru ini, media melaporkan dua kanak-kanak perempuan lemas manakala seorang lelaki berusia lingkungan 30-an hilang ketika mandi di Pantai Bagan Lalang, Selangor, pada 4 Jun.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada 2.34 petang dan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang tiba di tempat kejadian kira-kira 23 minit kemudian.
“Mangsa iaitu kanak-kanak perempuan berumur tujuh dan sembilan tahun ditemukan 50 meter dari lokasi kejadian dan kematian mereka disahkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
“Mangsa lelaki pula masih belum dijumpai. Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan oleh pihak bomba,” menurut PGO.
Sumber: BERNAMA