Siakap Keli
anak hadiah motor impian ayah
Kredit: @sayacumakucen/TikTok

Sebak, Anak-anak Berpakat Hadiah Motor Impian Buat Ayah Tanda Hargai Jasa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebak, Anak-anak Berpakat Hadiah Motor Impian Buat Ayah Tanda Hargai Jasa

Tiada apa yang dapat menandingi jasa dan pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan anak-anaknya. Walaupun perlu berkorban masa, wang dan tenaga, bagi mereka usaha yang ditunjukkan akan membentuk masa depan yang cemerlang untuk anak-anak.

Dan sebagai anak, kita semestinya mahu membalas jasa mereka apabila mencecah usia dewasa dan sewaktu memasuki alam pekerjaan.

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang ayah menerima kejutan yang tidak disangka daripada anak-anaknya selepas dihadiahkan sebuah motor sempena dengan Hari Bapa yang bakal tiba pada 18 Jun depan.

Video yang dimuat naik oleh Anis (@sayacumakucen) bertujuan untuk menghargai penat lelah yang ditunjukkan ayahnya selama membesarkan dia dan adik-beradiknya.

Kredit: @sayacumakucen/TikTok

Pada permulaan klip, ayahnya melihat seorang pemilik kedai membuka plastik yang dilekat pada nombor pendaftaran motor tersebut.

Ayah tersebut tidak dapat menyorokkan keterujaan apabila melihat nombor pendaftaran motor itu sama dengan sebuah lori miliknya.

Woi, 5856 saya punya wo Amy!” teriak ayah sambil matanya melilau melihat sekeliling motor.

“Tidak silap ini nama pemilik (motor),” kata pemilik kedai itu.

“Ini nombor ada jual lagi? 5856 tu,” tanya ayah.

“Kena beli dengan Ali lo,” jelas pemilik itu.

“Cantik wo ini nombor, saya punya (nombor pendaftaran) lori 5856,” ujar ayah itu.

Perbualan kecil itu kemudian dipotong selepas anak lelakinya, bertindak memberitahu kebenaran bahawa motor tersebut merupakan hadiah daripada adik-beradik.

“Ayah sebenarnya motor ini, adik beradik belanja ayah. 

“Ini untuk hadiah Father’s Day. Surprise!,” kata anak-anak ayah.

Ayah tersebut kelihatan terkejut namun bibirnya tidak lekang dek senyuman selepas mendapat tahu bahawa motor impian yang diidamkan selama ini telah menjadi miliknya.

Kredit: @sayacumakucen/TikTok

Momen gembira itu bertukar menjadi sebak selepas anak beranak itu berpeluk seketika menunjukkan tanda kasih sayang antara satu sama lain.

Tidak lama selepas itu, ayahnya menitiskan air mata kegembiraan dan mula bergambar dengan motor itu bersama dengan isterinya.

BACA: Anak Sebak, Babah Tunai Janji Beli Belon Minion

Letak anak sebagai keutamaan

Kredit: @sayacumakucen/TikTok

Kata Anis, selama 26 tahun dia hidup, tidak pernah sekali dia melihat ayahnya melebihkan diri sendiri.

Jelasnya lagi, ayah sentiasa mengutamakan orang lain terutama anak-anaknya.

Tidak terbalas pengorbanan ayah dengan hanya sebiji motor ini.

Macam mana ayah berpenat lelah untuk anis dulu, kali ni turn kami untuk balasnya.

Jangan menangis, ayah. Bergembiralah hari ini. Terlalu banyak keringat dan lelah ayah tempuh untuk membesarkan kami.

Ayah, terimalah. Dari kami. Buat ayah,” tulis dalam kapsyen.

@sayacumakucen

26 tahun Anis hidup. Tak pernah sekali Anis tengok Ayah lebihkan diri sendiri. Ayah akan utamakan orang lain terutamanya anak anak ayah. Tidak terbalas perngorbanan ayah dengan hanya sebiji motor ni. Tapi yang Anis tahu, selagi anis bernyawa anis akan usaha menggembirakan hati ayah ibu dan keluarga. Kesenangan dan kebahagian ayah adalah keutamaan anis. Macamana ayah berpenat lelah untuk anis dulu, kalini turn kami untuk balasnya. Jangan menangis, ayah. Bergembiralah harini. Terlalu banyak keringat dan lelah ayah tempuh untuk membesarkan kami. Ayah, terimalah. Dari kami. Buat ayah. Sayang ayah 🥹 #ayahduniaakhirat #terimakasihayahuntuksegalanya

♬ original sound – Ciknis – Ciknis

Sumber: @sayacumakucen/TikTok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.