Siakap Keli
nenek suara bollywood
Kredit TikTok via @mawaddah_taylor, Instagram via memomedsos

Sebiji, Nenek Miliki Suara Legenda Bollywood ‘Payung’ Lagu Filem Mohabbatein Raih Perhatian 

Sebiji, Nenek Miliki Suara Legenda Bollywood ‘Payung’ Lagu Filem Mohabbatein Raih Perhatian 

Satu video yang memaparkan suara seorang nenek persis penyanyi asal sebuah lagu Bollywood terkenal tular di media sosial Indonesia.

Memetik Tribun News, nenek yang dikatakan berasal daripada Aceh Tamian, Indonesia itu dilihat sedang menyanyi di sebuah majlis kenduri kahwin.

Kemunculan nenek itu di majlis tersebut segera menjadi tumpuan tetamu yang hadir pada hari itu.

Rakaman penampilan nenek itu menjadi tular selepas ia dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakn nama @mawaddah_taylor pada Ahad lalu.

Berdasarkan muat naik itu, kelihatan seorang wanita separuh umur sedang menyanyi di majlis perkahwinan seseorang sambil sesekali melihat lirik lagu pada telefon yang dipegangnya.

Kredit TikTok

Lagu Humko Humise Chura Lo menjadi pilihan nenek

Nenek itu telah menyanyikan lagu popular filem Bollywood sekitar tahun 2000 seperti Humko Humise Chura Lo.

Lagu itu pernah menjadi fenomena pada suatu ketika berkat filem popular Mohabbatien yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai.

Suara nenek itu dikatakan sama persis penyanyi asal lagu tersebut iaitu Lata Mangeshkar yang menyanyikan lagu tersebut bersama pasangan duetnya Udit Narayan.

Kredit Instagram

Kemunculan nenek itu yang menyanyi lagu tersebut dengan penuh kemerduan telah mencuri perhatian pengguna media sosial.

“Nenek bukan sembarangan nenek,” tulis muat naik video tersebut.

Muat naik video itu juga kemudiannya dibanjiri dengan pelbagai reaksi komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial tersebut. Antara komen yang ditinggalkan ialah:

“Gila, sama sangat dengan suara penyanyi asli. Tak ada beza,” tulis seorang netizen.

“Ini baru hebat. Semoga sihat selalu nenek,” tulis seorang lagi.

“Jangan-jangan nenek ini penyanyi asli lagu itu,” tulis seorang lagi netizen bergurau ekoran suaranya yang sama.

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Untuk makluman, penyanyi legenda India, Lata Mangehskar yang merupakan penyanyi asal lagu ini telah meninggal dunia pada 6 Februari 2022 yang lalu.

Lata sebelum ini pernah dirawat di Hospital Breach Candy Mumbai kerana positif Covid-19 sejak 11 Januari 2022 lalu.

Beliau mengalami beberapa kegagalan organ sebelum disahkan meninggal dunia pada usia 92 tahun.

Lata Mangeshkar merupakan legenda Bollywood dan telah berada dalam bidang itu hampir tujuh dekad.

@mawaddah_taylor

Nenek bukan sembarang nenek😂😂 #humkohumisechuralo #india

♬ Selamat Ulang Tahun – REMIXER SAKA

Sumber: Tribun News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka