Ibu Bapa Terkilan, Dapati Anak Habiskan Lebih 200k Duit Simpanan “Family” Untuk “Game”
Ibu bapa kepada seorang gadis berusia 13 tahun terkejut selepas anaknya yang ketagih permainan video membelanjakan sebanyak 449,500 yuan (RM290,000) untuk permainan dalam telefon bimbit.
Memetik Oddity Central, kejadian dilaporkan berlaku kepada keluarga itu yang menetap di wilayah Henan, China.
Perkara itu hanya diketahui ibu kanak-kanak terbabit selepas dia mendapati akaun bank miliknya hanya mempunyai baki sebanyak 0.5 yuan daripada 449,500 yuan.
Wang dalam akaun simpanan keluarga itu dipercayai telah disimpan selama bertahun-tahun oleh ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Pelakunya yang merupakan anak perempuannya yang masih remaja telah menggunakan kad debit wanita itu untuk memenuhi keperluan ketagihannya.
Gadis itu telah menghabiskan wang dalam akaun simpanan ibunya dalam tempoh kira-kira empat bulan tanpa pengetahuan ibunya.
Ini kerana, setiap transaksi yang dilakukan oleh gadis itu akan dipadamkan dari telefon ibunya tanpa pengetahuannya.
Banyak menghabiskan masa dengan telefon bimbit
Kejadian tersebut terbongkar selepas guru gadis itu mendapati bahawa dia terlalu banyak menghabiskan masanya menggunakan telefon bimbit semasa di sekolah.
Guru tersebut kemudiannya memberitahu perkara itu kepada ibu gadis terbabit dan ibunya mula menyedari bahawa ada sesuatu yang sedang berlaku.
Berdasarkan video yang tular di media sosial, wanita itu boleh dilihat memperincikan helaian penyata bank yang menunjukkan perbelanjaan anak perempuannya itu.
Menurut SCMP, gadis itu telah membelanjakan sebanyak 330,00o yuan (RM213,000) untuk berbelanja dalam permainan video.
Gadis itu juga turut dilaporkan membelanjakan 100,000 yuan (RM64,000) membeli permainan untuk rakan sekolahnya.
BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat
Gadis itu berkata bahawa dia berasa tertekan oleh rakan sekelasnya dan bimbang ibu bapanya akan mengetahui tentang perkara itu.

Jadi dia memutuskan untuk menggembirakan rakannya dengan membeli permainan menggunakan kad ibunya.
“Apabila rakan saya meminta untuk membayar permainan mereka, saya akan lakukan. Walaupun saya tidak selesa,” kata gadis itu.
Ibu kanak-kanak berusia 13 tahun itu mengakui bahawa dia telah membuat kesilapan dengan memberikan kod PIN kepada gadis itu untuk kad debitnya.
Sementara itu, wanita itu tidak pernah membayangkan bahawa anak perempuannya akan menghabiskan simpanan keluarga dalam empat bulan sahaja.
Sumber: Oddity Central