Siakap Keli
duit dalam akaun hilang
Gambar hiasan via Google

Duit Dalam Akaun Hilang Tiba-tiba, Wanita Dedah Taktik Licik ‘Scammer’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Duit dalam akaun bank hilang secara tiba-tiba, tidak pasti bagaimana ia boleh berlaku. Tidak lain tidak bukan, itu mesti angkara penjenayah scammer.

Semakin ramai penjenayah scammer di luar sana yang telah memperdayakan mangsa-mangsa dengan kegiatan penipuan transaksi bank serta pencurian wang.

Hasil daripada kegiatan ini, ramai mangsa alami kerugian beribu-ribu ringgit wang mereka lantaran lesap secara tiba-tiba daripada akaun bank tanpa pengetahuan mereka sendiri.

Secara tidak sedar, mangsa hanya menyedari baki wang simpanan akaun bank melalui “notification” telefon ataupun ketika melakukan “Online Banking” di aplikasi.

Sekiranya kes duit dalam akaun hilang ini berlaku kepada anda, apa tindakan yang perlu dibuat? Bagaimanakah scammer boleh curi duit kita tanpa disedari?

Mari ikuti perkongsian pengalaman oleh seorang warganet, Norizatul Nadia Radzi di Facebook miliknya baru-baru ini.

Duit Dalam Akaun Hilang Tiba-tiba, Wanita Dedah Taktik Licik ‘Scammer’

Gambar via Facebook Norizatul Nadia Radzi

26/2/22 – Tiba-tiba masuk notification ada transaksi 4 kali dengan amount berlainan. Masa ni kat Sabah. So macam pelik jugak, try call bank tapi tak dapat. Masa ni tenang lagi. Kita try any solution untuk reach dengan pihak bank.

Bila jadi macam ni korang jangan panik, benda macam ni ada proses. Biar lambat janji dapat balik duit.

Langkah yang perlu dilakukan:

Langkah pertama yang korang kena buat adalah call bank untuk buat report “Fraud Transaction”.

Kedua, korang kena block kad bank tersebut dengan kadar segera.

Ketiga, transfer semua duit ke bank lain dulu kalau kad tak block (sis haritu 2 hari jugak nak dapat call bank) masa tu dah la kat Sabah. Tak tenang nak honeymoon. Kurang asam scammer ni.

Keempat, pergi ke bank untuk buat kad baru.

Langkah kelima, update dengan bank tentang kad baru tersebut dalam tempoh 14 ke 45 hari. Aku tiga kali update (sila pastikan customer service bagi nombor report untuk rujukan).

Keenam, korang tunggu sajalah sampai duit tu masuk balik ke akaun bank korang.

Akhir sekali, Alhamdulillah selepas satu bulan lebih aku berjaya dapat semula duit aku.

Gambar via Facebook Norizatul Nadia Radzi

Pihak bank bagitahu nombor kad (depan kad ATM) dah terdedah dengan pihak scammer. Sebab tu dorang boleh tarik duit kita.

Masa ni depa curi kaw-kaw. Sampai tinggal RM4 jek nasib baik gaji tak masuk lagi. Kalau tak naya pak karim.

Pengajaran kat sini, kalau ada apa-apa urusan melibatkan online, sila gunakan iFPX sahaja. Jangan guna debit card.

Ni first time aku kena. Alhamdulillah pihak bank sangat-sangat membantu aku sepanjang proses refund ni berjalan.

Nota: Duit dapat atau tak tu belakang cerita, kalau dapat macam sis ni kira rezeki. Yang penting report. Jangan biarkan jek.. Seronok nanti scammer tu berjoli sakan. Kalau tak report pihak bank pun tak boleh nak buat apa-apa.

Sumber: Facebook Norizatul Nadia Radzi

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?