Siakap Keli
wanita jumpa abang nyamuk
Gambar: @imsyedfazli/TikTok

Wanita Teruja Jumpa ‘Abang Nyamuk’ Bikin Terhibur

Wanita Teruja Jumpa ‘Abang Nyamuk’ Bikin Terhibur

Siapa sahaja yang tidak mengingati iklan pembunuh nyamuk dan lipas yang terkenal pada tahun 2010-an dahulu? Walaupun pendek namun iklan jenama Shieldtox itu masih bermain di fikiran.

Dalam kepala masih lagi terbayang seorang lelaki yang berbadan sasa memakai baju warna biru membantu membunuh nyamuk dengan hanya satu semburan dan tumbukan.

Walaupun iklan nostalgik itu telah lama disiarkan namun, masih ramai yang mengingati lelaki itu seperti tiga sekawan wanita yang tular di media sosial baru-baru ini.

Siapa sangka mereka dapat bertemu dengan Syed Fazli atau lebih dikenali Abang Nyamuk di sebuah tasik ketika dia sedang beristirahat duduk di bangku.

Video tersebut dimuat naik oleh Abang Nyamuk (@imsyedfazli) di laman TikTok, memaparkan situasi ramah mesra bersama peminat-peminatnya.

Gembira jumpa Abang Nyamuk

Kredit: @imsyedfazli/TikTok

Sifat keterujaan yang ditampilkan wanita tersebut menunjukkan dia sememangnya tidak menyangka akan pertemuan itu.

Mereka mengeluarkan telefon bimbit masing-masing dan merakam Abang Nyamuk untuk dijadikan sebagai kenangan.

“Daripada kecil lagi (minat),” ujar wanita itu sambil tersenyum.

Mereka kemudiannya mula menangkap gambar bersama Abang Nyamuk dengan berlatarbelakangkan tasik.

Selepas satu gambar telah ditangkap wanita tersebut mahu membuat gaya terkenal Abang Nyamuk, iaitu aksi penumbuk tangan yang dilihat seolah-olah membunuh serangga itu.

“Macam mana ya?” tanya wanita tersebut kerana tidak mengingati aksi ‘signature’ Abang Nyamuk.

“Macam ini,” ajar Abang Nyamuk sambil membuat menumbuk tangan ke telapak tangan.

Kredit: @imsyedfazli/TikTok

Setelah selesai, mereka melakukan swafoto bersama-sama buat kali terakhir dan Abang Nyamuk turut mengatakan ‘tagline‘ iklan yang agak terkenal itu.

“Kuasa di tangan anda,” jeritnya.

Gadis-gadis tersebut tidak dapat menyembunyikan kegembiraan mereka dan asyik tersenyum selepas bertemu dengan Abang Nyamuk.

Komen warga maya

Rata-rata yang meninggalkan komen memaklumkan mereka masih lagi teringat dengan iklan tersebut.

Mereka turut berkata majoriti peminat Abang Nyamuk telah memasuki umur 30-an pada ketika ini berbanding pada masa dahulu.

Kredit: TikTok

Pemberi komen menyatakan dia sering melihat iklan tersebut sewaktu kecil apabila menonton televisyen dan turut mendoakan agar Abang Nyamuk diberikan kesihatan yang baik.

“Dulu masa kecil selalu tengok iklan nyamuk. Semoga abang sentiasa sihat,” komennya.

Kredit: TikTok

Sesetengah mereka juga berhasrat untuk bertemu dengan Abang Nyamuk kerana minat dengan iklan tersebut.

“Ala nak tangkap gambar dengan Abang Nyamuk. Suka tengok iklan itu. Legend ini,” ujarnya.

Kredit: TikTok

Iklan yang disiarkan itu telah lebih daripada 10 tahun dan kemungkinan ada di antara peminat Abang Nyamuk telah mencecah angka 30 tahun.

“Peminat abang Shieldtox majoriti 30 tahun sekarang,” katanya.

Saksikan video penuh dibawah ini.

@imsyedfazli

thank you fans abg nyamuk #sheildtox #duta #ambassador #icon #18years #sheildtoxmalaysia #kuasaditangananda

♬ original sound – @syd.fzli – @abgnyamuk

Sumber: @imsyedfazli/TikTok

BACA: Pelan Langganan Beriklan Netflix Cecah 5 Juta Pengguna

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana