Siakap Keli
Gunung 4 kali ganda lebih besar dari gunung everest
SUMBER WION NEWS

Kajian Saintis Temui Gunung Dalam Bumi, 3-4 Kali Ganda Besar Dari Everest

Sekumpulan saintis melaporkan penemuan struktur seperti ‘gunung’, tiga hingga empat kali ganda lebih besar daripada Gunung Everest, lapor WION News.

Lebih menarik, struktur berkenaan dikesan berada jauh di dalam Bumi, atau lebih tepat di kawasan teras Bumi.

Menggunakan Pusat Seismologi di Antartika, pakar menemui ‘gunung’ di kawasan sempadan antara teras dan mantel Bumi. Ia terletak pada kedalaman 2,900 kilometer daripada permukaan.

Digelar sebagai ultra-low velocity zone (ULVZ), pengetahuan saintis berkenaan banjaran gunung bawah tanah ini sangatlah terhad untuk sekian lama. Namun begitu, insiden gempa bumi dan letupan atomik yang berlaku berjaya membantu mereka mengumpul data yang diperlukan.

Sebagai perbandinga, Gunung Everest memiliki ketinggian sekitar 8.8 kilometer, manakala struktur gunung bawah tanah ini pula dipercayai mempunyai ketinggian sekitat 38 kilometer.

“Berdasarkan analisis ke atas lebih 1000 rakaman seismik diperolehi dari Antartika, kaedah pengimejan definisi tinggi kami berjaya menemui zon anomali di CMB (sempadan mantel teras). Ia ditemui dimana sahaja kami kaji.

”Ketebalannya berbeza dari beberapa kilometer hingga 10 kilometer. Jadi, jika gunung ini dilihat di beberapa tempat di permukaan, tingginya boleh mencapai sehingga lima kali lebih tinggi daripada Gunung Everest,” kata Edwar Garnero.

Beliau merupakan ahli geofizik daripada Universiti Negeri Arizona.

Apa yang dimaksud dengan penemuan itu?

Penemuan gunung berkenaan mungkin dapat membantu para saintis memahami bagaimana haba bebas daripada teras Bumi.

Teras Bumi bertanggungjawab untuk menjana medan magnet Bumi. Manakala beberapa bahan dari zon itu mungkin boleh diluahkan ke permukaan planet ketika letusan gunung berapi berlaku.

“Aktiviti penyelidikan seismik seperti yang kami lakukan membekalan hasil pengimejan resolusi tertinggi bagi struktur dalam planet.

”Kami mendapati bahawa struktur ini jauh lebih rumit untuk difahami berbanding apa yang kita fikirkan,” kata pengarang bersama kajian dan ahli geosains Universiti Alaabama, Samantha Hansen.

Kajian itu juga membekalkan maklumat penting yang dapat menghubungkan perkaitan antara struktur cetek dan dalam Bumi serta memahami proses yang memacu planet ini.

BACA: Remaja Perempuan Tersangkut Pada Buaian Kanak-Kanak

Sumber: Wion News

Mohd Raimi Ismail

peace on earth