Siakap Keli
City Treble Liverpool UCL
Gambar: Franck Fife/AFP & Matthew Childs/AFP

Man City Cipta Treble, Liverpool Berpeluang Tak Layak Ke UCL?

Man City Cipta Treble, Liverpool Berpeluang Tak Layak Ke UCL?

ISTANBUL — Kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City mencipta sejarah dengan menewaskan kelab dari Itali, Inter Milan dengan skor 1-0 dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL) semalam di Istanbul, lapor Dail Mail.

Kemenangan itu menjadikan pasukan tersebut merangkul trofi UCL buat kali pertama dan muncul pasukan kedua Inggeris yang memperolehi kejuaraan treble selepas kali terakhir dilakukan oleh Manchester United pada 1999.

City Benam Inter 

Gambar: Franck Fife/AFP

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Olympik Atatürk, Istanbul, Turkey, separuh masa pertama, perlawanan tampak seimbang.

Jantung City, Kevin De Bruyne pada minit ke-38 juga terpaksa dibawa keluar ekoran mengalami kecederaan dan digantikan dengan Phil Foden. Namun babak pertama berakhir dengan keputusan tanpa sebarang jaringan.

Setelah pertengahan babak kedua, pemain tengah, Rodri muncul wira The Citizen apabila menyumbat gol tunggal perlawanan pada minit ke-68 selepas Bernardo Silva gagal menyudahkan hantaran Manuel Akanji.

Gol tunggal Rodri itu sudah cukup untuk membawa City menjulang trofi yang diidam-idamkan selama ini oleh pasukan itu.

Kemenangan tersebut membuktikan dominasi Manchester City sebagai pasukan dominan England setelah menjuarai Liga Perdana lima kali berturut-turut.

Gambar: Matthew Childs/AFP

Turut hadir menyaksikan perlawanan semalam, pemilik kelab berkenaan Sheikh Mansour yang jarang turun padang melihat pasukan tersebut.

Trofi tersebut juga merupakan gelaran ketiga buat jurulatih City, Pep Guardiola selepas menjulangnya bersama kelab dari Sepanyol, Barcelona.

City Treble, Liverpool Ada Peluang Layak Ke UCL?

Dengan bergelar Juara Liga Juara-Juara di Istanbul, membuatkan pasukan itu layak secara automatik dalam kempen 2023/24.

BACA JUGA: Haaland Tonggak Utama Dalam Misi Balas Dendam City Terhadap Real Madrid

Bagaimanapun timbul persoalan adakah pasukan di tangga kelima liga, Liverpool layak menempatkan diri dalam kejohanan UCL musim depan?

Hal ini kerana, Manchester City turut menyandang gelaran sebagai Juara Liga Perdana.

Lima Pasukan EPL Bertanding Dalam UCL?

Terdapat  dua peraturan yang membolehkan lima pasukan dari England bermain dalam musim Liga Juara-Juara yang sama.

Yang pertama, apabila pasukan yang berada di luar kelompok empat teratas liga memenangi Liga Juara-Juara, seperti yang berlaku untuk Liverpool pada tahun 2005.

Manakala peraturan yang kedua sebuah kelab di luar kelompok empat terbaik memenangi Liga Europa. Setiap pasukan yang memenangi Liga Europa membolehkan mereka mendapat kelayakan automatik ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada musim berikutnya.

Sumber: Daily Mail, AFP, The Sporting News

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?