Siakap Keli
Haaland Dendam City Real Madrid
Gambar: Oli Scarff / File / AFP

Haaland Tonggak Utama Dalam Misi Balas Dendam City Terhadap Real Madrid

Haaland Tonggak Utama Dalam Misi Balas Dendam City Terhadap Real Madrid

MADRID — Penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland menjadi tonggak utama dalam misi balas dendam kelab itu terhadap Real Madrid dalam perlawanan pusingan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara awal pagi nanti, lapor AFP.

Kehadiran pemain kebangsaan Norway itu pada musim ini memberikan sinar baharu buat Citizen apabila Haaland mencetak gol demi gol pada setiap perlawanan.

Tambahan lagi, Haaland kini berjaya menjaringkan 51 gol dalam semua perlawanan pada musim pertamanya bersama City selepas diterbangkan dari kelab Jerman, Borrusia Dortmund.

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola yakin bahawa pasukannya mampu mengatasi cabaran kelab dari Sepanyol itu.

“Dengan Haaland, kami tahu dia mampu menjaringkan gol di pelbagai posisi.

“Jika anda memberikannya ruang dan peluang. Dia bakal menjaringkan gol dalam semua situasi, sama ada penalti, hantaran silang, build-up dan serangan balas.

“Dia boleh melakukan banyak perkara. Itulah sebab mengapa dia menjaringkan banyak gol. Saya berpendapat bahawa dia sentiasa menjaringkan kerana mentalitinya,” kata Pep selepas pemain itu memecahkan rekod baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan 35 gol dalam satu musim pada minggu lalu.

Sementara itu, pemain berusia 23 tahun itu menyatakan bahawa dia ingin fokus untuk memenangi trofi dan bukannya pencapaian peribadi.

BACA JUGA: Penyerang Muda Berbakat, Erling Haaland Sah Ke Manchester City

Dalam pada itu, rakan sepasukan Jack Grealish sewaktu memberitahu Daily Mail, hanya tiga langkah saja lagi buat mereka sebelum memenangi trofi berprestij itu.

“Kami kini berada dalam situasi yang sama seperti tahun lepas sekali lagi (bertemu Real Madrid). Hanya tiga perlawanan lagi untuk kami memastikan kejuaraan Liga Juara-Juara.

“Apa yang boleh saya katakan ialah saya tidak mempunyai keyakinan dan kepercayaan yang tinggi terhadap rakan sepasukan. Namun dengan kedatangan penyerang paling profilik dalam pasukan kami, saya yakin,” kata pemain sayap kelab itu.

Hampir Pasti Merangkul Kejuaraan Treble

Dengan prestasi semasa City, kelab itu hampir menyamai pencapaian Manchester United sebagai satu-satunya pasukan yang memenangi Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA (treble) pada musim yang sama pada 1998/99.

Citizen kini hanya memerlukan tiga kemenangan daripada empat perlawanan untuk mengesahkan kejuaraan ketiga berturut-turut Liga Perdana.

Manchester United antara pasukan yang mampu menyekat treble City pada perlawanan akhir Piala FA  yang bakal berlangsung pada 3 Jun nanti.

Rata-rata peminat bola sepak berpendapat Real Madrid menjadi halangan terbesar bagi anak-anak buah Pep merangkul trofil sulung Liga Juara-Juara.

Sekiranya City berjaya melepasi halangan itu, mereka dijangka bertemu pemenang antara AC Milan atau Inter Milan pada perlawanan akhir.

City Tewas Pada Real Madrid Musim Lalu

Terdahulu, Mancester City tewas dengan Real Madrid pada pusingan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara dengan agregat 6-5.

Pada perlawanan pusingan pertama di laman sendiri, anak-anak buah Pep hanya berjaya membawa bekal 1 gol defisit selepas menang dengan keputusan 4-3.

Peluang tampak semakin cerah apabila Citizen berjaya menjaringkan satu gol tambahan dalam pusingan kedua dengan agregat 5-3.

Sehingga penghujung minit permainan, Rodrygo menjadi penyelamat kelab Sepanyol itu dengan menyumbat dua gol sebelum Karim Benzema melengkap malam kebangkitan Real di Santiago Bernabeu pada musim lalu.

Real muncul juara buat kali ke-14 Liga Juara-Juara selepas menewaskan Liverpool 1-0 dalam pentas akhir.

BACA JUGA: Peminat Arsenal Cadangkan Cara Baru Tentukan Kejuaraan EPL

Sumber: AFP via Yahoo

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?