Siakap Keli
kanak-kanak gambar agong
Kredit: @tuan_que/TikTok

“Nak Agong..” Kanak-kanak Dua Tahun Menangis Nak Tengok Gambar YDPA

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Nak Agong..” Kanak-kanak Dua Tahun Menangis Nak Tengok Gambar YDPA

Kebiasaannya, kanak-kanak menangis apabila hajat dan permintaan mereka tidak ditunaikan oleh ibu bapa, terjatuh akibat bermain, dimarahi atau sebagainya.

Alasan yang diberikan mereka sebenarnya agak mudah untuk diteka oleh ibu bapa namun terdapat juga beberapa perkara yang tidak dapat diagak.

Misalnya seperti seorang kanak-kanak lelaki yang tular menangis kerana mahu melihat gambar Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Video yang dimuat naik oleh @tuan_que di TikTok telah viral di media sosial baru-baru ini, susulan permintaannya yang jarang didengari oleh orang ramai.

“Anak dua tahun menangis nak tengok gambar Yang di-Pertuan Agong.

“Ingatkan dia nangis nak apa,” kata kapsyen di video itu.

Mahu lihat gambar YDPA

Pada awalnya si suami dan isteri tidak tahu sebab mengapa anak mereka menangis namun apabila ditanya si kecil itu menjawab mahu melihat gambar YDPA.

Kanak-kanak itu bersungguh-sungguh merengek meminta ibunya menunjukkan gambar YDPA.

“Nak Agong. Nak,” tangis kanak-kanak itu.

Kredit: @tuan_que/TikTok

Si ibu hanya menuruti permintaan anaknya dan ketika gambar YDPA ditunjukkan, kanak-kanak tersebut dapat mengecam muka dan memberikan jawapan yang tepat.

Bagaimanapun apabila gambar ditukar, kanak-kanak itu memanggil YDPA dengan nama gelaran ‘atuk’.

Kemudian, ayahnya menyelah dan berkata gambar yang dipaparkan bukan atuk kanak-kanak itu.

“Ni siapa?” tanya ibunya.

“Atuk,” jawab kanak-kanak itu sambil memandang gambar.

“Bukan atuk. Agong bukan atuk awak,” jelas ayahnya.

Kredit: @tuan_que/TikTok

Tidak lama selepas itu, ibunya menunjukkan kembali gambar YDPA bersama Raja Permaisuri Agong dan bertanya sekali lagi, siapakah nama mereka.

Kanak-kanak itu dengan muka gembiranya sambil menatap wajah YDPA memberikan jawapan yang dia ketahui.

“Agong. Agongggg” jawabnya panjang.

Ketika ditanya mengenai Raja Permaisuri Agong, kanak-kanak itu dengan gembira memanggil sebagai ‘kakak’.

Ayahnya dalam kapsyen menyatakan permohonan maaf di atas kelantaran anaknya memanggil YDPA dan permaisuri dengan panggilan ‘atuk’ serta ‘kakak’.

Keterujaan terserlah dimukanya apabila gambar YDPA ditunjukkan di telefon pintar itu.

Kredit: @tuan_que/TikTok

Difahamkan walaupun lokasi kediaman agak berdekatan dengan Istana Negara namun mereka masih belum berkesempatan untuk berjumpa dengan YDPA.

“Kita duduk dekat tapi susah nak jumpa (serempak),” seloroh ayahnya.

Reaksi yang ditonjolkan si cilik meraih perhatian warga maya dan rata-rata mereka mendoakan agar kanak-kanak itu berkesempatan untuk bertemu dengan YDPA.

Saksikan video penuh di bawah.

@tuan_que

Anak 2 tahun nangis nak tengok gambar YDPA

♬ original sound – Tuan Que – Tuan Que

Sumber: @tuan_que/TikTok

BACA: Kenapa Hari Keputeraan Agong Tidak Sama Dengan Hari Kelahiran Baginda? Ini Penjelasannya

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: