Siakap Keli
Konsert Coldplay singapura
Gambar: Soundcloud & Instagram @Livenationsg

Coldplay Umum Konsert Empat Malam Di Singapura

Coldplay Umum Konsert Empat Malam Di Singapura

Kumpulan muzik terkenal antarabangsa, Coldplay mengumumkan tarikh konsert jelajah “Music of the Spheres” yang akan berlangsung pada awal tahun depan bertempat di Singapura.

Pengumuman tersebut dimuat naik menerusi akaun Instagram Live Nation Singapura sebentar tadi.

Konsert itu bakal diadakan selama empat hari bermula dari 23, 24, 26, dan 27 Januari 2024 di stadium berkenaan.

Konsert Coldplay singapura
Gambar: Instagram @Livenationsg

“Penantian Telah Tamat! Kami berbangga untuk mempersembahkan jelajah Coldplay yang bakal diadakan secara langsung di Singapura, di mana mereka akan membuat persembahan pertama selama empat malam di Stadium Nasional kami sendiri,” maklum kenyataan yang dimuat naik.

Peminat kumpulan muzik itu boleh mendapatkan Artiste Presale bermula 19 Jun pada hari Isnin bermula jam 2 petang hingga 11.59 malam.

BACA JUGA: Untung Besar, Tiket Konsert Coldplay Dijual Semula Setinggi RM20,000

“Langganan boleh dilakukan di signup.coldplay.com sebelum 16 Jun (Jumaat ) untuk kelayakan bagi prajualan. E-mel akan dihantar kepada pelanggan pada 18 Jun (Ahad).

“Manakala Live Nation Presale pada 19 Jun pada hari Isnin pada jam  2 petang hingga 11.59 malam. Pendaftaran ahli adalah percuma melalui www.livenation.sg untuk mengakses prajualan eksklusif!⁠

General Sale  atau Penjualan Umum pula pada 19 Jun hari Isnin bermula jam 2 petang hingga 11.59 malam dan seterusnya melalui www.ticketmaster.sg / hotline +65 3158 8588 / cawangan SingPost.

“Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada rancangan muzik langsung terhebat yang pernah ada!” maklum Live Nation Singapura.

Pengumuman itu, nyata mengukir senyuman buat peminat Coldplay di Asia Tenggara khususnya rakyat Singapura.

Walau bagaimanapun, maklumat berhubung tiket dan peta tempat duduk masih belum dimaklumkan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Live Nation SG (@livenationsg)

Thailand & Filipina Juga Bakal Sambut Coldplay

Konsert Coldplay singapura
Gambar: Live Nation

Bukan sahaja Singapura, dua lagi negara di Asia Tenggara, Filipina dan Thailand juga menjadi destinasi kumpulan muzik antarabangsa berkenaan.

Di Filipina, konsert Coldplay bakal diadakan di Filipina Arena, Manila pada 19 Januari 2024.

Manakala di Thailand pula, ia bakal diadakan di Stadium Nasional Rajamangala pada 3 Februari 2024

Coldplay Datang Malaysia

Gambar: Soundcloud

Terdahulu, kumpulan berkenaan telah mengumumkan konsert di Malaysia yang akan bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Konsert berkenaan bakal diadakan pada 22 November ini dengan tiket telah dijual bermula 16 Mei lalu. Manakala jualan tiket rasmi pula pada 17 Mei lalu.

Sumber: Instagram @ livenationsg

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?