Siakap Keli
reviu rise of the beast

Reviu: Rise Of The Beast, Puak Maximals Si Penjaga Kunci Transwarp

Reviu: Rise Of The Beast

Bulan Mei dan Jun ni, beratur filem-filem baru masuk panggung. Bukan setakat filem luar negara, malah filem tempatan macam Polis Evo 3 tu lebih tinggi kutipan berbanding filem-filem Hollywood di Malaysia.

Satu lagi filem baru ditayangkan bermula minggu lepas adalah Transformers: Rise Of The Beast. Sejak tayangan Transformers pertama pada 2007, ini adalah filem ketujuh dalam francais Transformers termasuk filem Bumblebee yang ditayangkan pada 2018.

reviu rise of the beast

Rise Of The Beast ini adalah filem sequel kepada Bumblebee. Senang cerita, ia menceritakan kisah selepas puak Autobot terkandas di bumi. Tapi ada perbincangan peminat di forum iMDB menyatakan ia tiada kena mengena dengan francais Transformers arahan Michale Bay.

Kisah bermula apabila puak Maximals iaitu puak robot yang berupa haiwan menjadi pemegang kunci (Trasnwarp Key). Ia untuk membuka laluan semua puak-puak robot untuk travel dari Cybertron ke planet-planet lain dan juga untuk membuka portal pulang semula ke Cybertron dari planet-planet lain.

reviu rise of the beast

Maximals yang diketuai oleh Optimus Primal, telah membawa kunci itu ke planet Bumi kerana bagi mengelakkan kunci itu jatuh ke tangan Unicron. Scourge, hamba suruhan Unicron menjadi watak villain utama dalam filem kali ini.

Jadi, misi Scourge adalah mendapatkan kunci dan persembah kepada Unicron. Manakala, misi puak Maximals dan Autobot pertahankan kunci tu dari jatuh ke tangan Unicron. Jalan ceritanya ringkas sahaja. Tak perlu IQ yang tinggi untuk faham.

reviu rise of the beast

Reviu Rise of The Beast: Apa yang best?

SK mulakan reviu ini dengan apa yang best dalam filem ni. Jalan cerita filem ni sangat menarik, babak aksi pun non stop dari awal cerita sampai ke habis. Ada babak yang buat korang meremang dan ada babak yang buat korang hilang nafas seketika.

Watak Scourge paling berkesan dan salah satu villain yang paling seram dan kejam dalam francais Tarnsformers setakat ni. Watak Mirage dari puak Autobot juga salah satu tunjang utama dalam filem ini dan ia membawa kesan agak besar untuk keseluruhan filem.

Untuk puak Maximals, watak Optimus Primal paling menonjol. Nampak ciri-ciri pemimpin sama macam Optimus Prime. Primal juga mengaku namanya diberi sempena nama ketua Autobot, Optimus Prime.

Satu lagi watak yang patut dibangga oleh rakyat Malaysia ialah Airazor iaitu seekor burung dari puak Maximals. Kenapa perlu dibanggakan? Kerana Tan Sri Michelle Yeoh yang membawa watak Airazor. Tahniah Tan Sri kerana turut memegang watak penting dalam puak Maximals.

Apa yang tak best?

Apa yang tak best dalam filem ini ialah walaupun babak aksi tanpa henti tapi tetap ada babak-babak berbual yang agak meleret sampai menguap juga SK dibuatnya dalam panggung. Tapi yelah, kalau tak ada babak berbual mungkin tak jadi cerita jugak.

Autobot lebih menonjol dari Maximals. Disebabkan tajuknya, Maximals seharusnya diberikan perhatian lebih dalam filem ini berbanding Autobot. Kerana Maximals adalah ‘beast’ yang bangkit dalam filem ini.

Secara keseluruhan filem ini sangat menarik untuk ditonton dan perasaan nak tonton sekali lagi tu ada. Kategori filem ini adalah P12. Sesuai untuk tontonan kanak-kanak dengan bimbingan ibu bapa.

Jangan tinggalkan panggung cepat sangat sebab ada satu babak pre-credit. Tunggulah sekejap dan tonton sampai habis. Pasti anda terkejut.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: