Siakap Keli
majikan hadiah 9A+
Kredit: Siti Nur/Facebook

Berjaya Capai 9A+, Majikan Beri ‘Hadiah Istimewa’ Kepada Pekerja Sambilan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berjaya Capai 9A+, Majikan Beri ‘Hadiah Istimewa’ Kepada Pekerja Sambilan

Baru-baru ini, topik berkaitan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 menjadi perbualan hangat dalam kalangan ramai, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai kisah tersendiri di sebalik kejayaan yang dicapai.

Biarpun bahang keputusan SPM berada di penghujung namun media sosial sekali lagi disuapkan dengan cerita pelajar cemerlang yang mendapat hadiah daripada majikannya.

Tular di media sosial, seorang majikan stesen minyak, Siti Nur memberikan hadiah istimewa kepada pekerja sambilannya yang berjaya mendapat keputusan 9A+ dalam SPM 2022.

Menerusi video itu, Siti Nur berkata dia yang berada di Jepun terus membeli hadiah untuk Hasmirul selepas mendapat tahu mengenai keputusannya.

Disebabkan itu, Hasmirul menerima hadiah sedikit lewat kerana wanita itu baru pulang dari negara tersebut.

Tahniah Hasmirul, maaf terlewat bagi hadiah sebab saya baru balik dari Jepun.

Dapat tahu Hasmirul dapat keputusan cemerlang terus saya pergi cari hadiah istimewa untuk dia,” tulis kapsyen itu.

Kredit: Siti Nur/Facebook

Dalam video tersebut, Hasmirul dilihat sedang lap terminal pam menggunakan kain sebelum disergah oleh majikan.

Hasmirul  kelihatan terkejut apabila disapa oleh majikannya yang sedang memegang hadiah.

BACA: Atok Ini Berpanas, Duduk Bawah Pokok Jual Dadih Di Petronas Taman Bandar Senawang

Beri jam tangan dari Jepun

Kredit: Siti Nur/Facebook

Siti Nur membawa jambangan makanan ringan beserta jam tangan yang dibeli dari Jepun untuk dihadiahkan kepada Hasmirul.

Dia turut berharap dengan pemberiannya itu mampu membuatkan pekerjanya gembira di samping menyuntik semangat untuk terus maju ke hadapan.

Dalam masa yang sama, Siti Nur turut berharap agar pencapaian yang diperoleh dapat mengubah kehidupannya.

“Semoga dengan pencapaian cemerlang ini Hasmirul dapat mengubah masa depannya,” katanya.

Untuk maklumat, Hasmirul merupakan anak seorang pengawal keselamatan dan kini melakukan kerja sambilan di stesen minyak Petronas Pendang, Kedah yang berdekatan dengan rumahnya.

Sebelum ini, majikan Petronas Pendang berjaya meraih perhatian ramai selepas menaja pekerja pakej umrah sebagai tanda penghargaan kerana telah menabur bakti selama 27 tahun di syarikat itu.

Pekerja yang dikenali sebagai Yusuf dikatakan telah bekhidmat di stesen minyak Petronas Pendang sejak 27 tahun yang lalu hingga melayakkan dirinya ‘bertuah’ menerima ‘hadiah’ tersebut.

https://www.facebook.com/siti.nur.146/posts/1195832767764689/?vh=e&extid=MSG-UNK-UNK-UNK-COM_GK0T-GK1C

Sumber: Siti Nur/Facebook, TikTok

BACA: Tuah Dapat “Straight A”, Cikgu Hadiahkan PS5 Kepada Pelajar

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.