Siakap Keli
Banglo bukit gasing dicat
Gambar: TikTok G. nola

Berwajah Baharu, Banglo Usang Bukit Gasing Dicat Semula 

Berwajah Baharu, Banglo Usang Bukit Gasing Dicat Semula 

Sebut sahaja banglo besar yang terletak di Bukit Gasing, pastinya ramai yang mengetahui kisah di sebalik rumah ini.

Rumah banglo mewah ini seringkali menjadi buah mulut masyarakat kerana ditinggalkan tanpa berpenghuni sehingga mencetuskan pelbagai cerita seram.

Bagaimanapun, rumah mewah tersebut dilaporkan telah dijual terhadap seorang pemilik pada akhir tahun lalu.

Berwajah Baharu

Baru-baru ini dalam satu rakaman yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, @g.nola, mendedahkan suasana terkini rumah berkenaan. Apa yang mengejutkan, banglo mewah yang terletak di kawasan Bukit Gasing, Petaling Jaya itu telah dicat semula dengan warna putih.

Dalam video berdurasi 23 saat itu, pemilik video berkenaan sempat membuat rakaman sewaktu melalui kawasan berkenaan.

Dari jauh, banglo berkenaan tak ubah seperti kediaman baharu selepas ia dicat kembali.

BACA: Tengah-Tengah Malam Naik Notifikasi “Suspicious Person” Berdekatan Kereta, Rupanya…

Tiada Lagi Misteri

Jelasnya dalam klip tersebut, pemilik baru kediaman itu ingin tinggal di rumah walaupun dahulu timbul pelbagai kisah seram berkaitan rumah itu.

“Hi korang, ini dia rumah terbaru SG. Nampak tak? Rumah dia telah dicat, dicantikkan dengan warna putih.

“Tiada lagi misteri selepas owner baharu hendak duduk di sini. Tengok cantik dah rumahnya,” katanya.

@g.nola

RUMAH BARU SG tiada lagi misteri… #bukitgasing #rumahSG #tiadalagimisteri

♬ original sound – G.nola – G.nola

Rumah Banglo Usang Terjual RM4.4 juta

Terdahulu, rumah banglo berkenaan pernah menjadi buah mulut masyarakat mengenai statusnya. Apatah lagi, terdapat sebuah kereta mewah jenis Porsche dibiarkan usang di halaman.

Menerusi perkongsian pakar hartanah lelong, Muhammad Ishaq di akaun Facebok miliknya, rumah berkenaan telah terjual pada harga RM4.4 juta.

BACA JUGA: Banglo Usang Bukit Gasing Akhirnya ‘Sold Out’ Dibeli RM4.4 Juta, Kisah Benar Terbongkar

Walau bagaimanapun, identiti pemilik rumah baharu itu menjadi tanda-tanya ramai kerana dokumen pemilikan berkenaan adalah maklumat sulit.

Dilelong Sejak Disember Lalu

Dalam Facebook  Selangor Auction Property pada November lalu memaklumkan bahawa banglo tidak berpenghuni itu akan dilelongkan pada 13 Disember.

“Dia kembali….lagi” tulis kapsyen tersebut.

Sumber: TikTok g.nola 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: