Siakap Keli
instafamous korea maut kemboja
Kredit: Instagram & Koreaboo

“Instafamous” Terkenal Korea Ditemui Maut Di Kemboja, Kesan Lebam Teruk Cetus Misteri

“Instafamous” Terkenal Korea Ditemui Maut Di Kemboja, Kesan Lebam Teruk Cetus Misteri

Media Kemboja pada 11 Jun melaporkan mayat seorang wanita Korea Selatan ditemui di sebuah desa yang terletak berdekatan dengan kota Phnom Penh.

Dalam laporan berkenaan, mangsa yang dikenali sebagai Ahyeong, merupakan pempengaruh terkenal yang memiliki lebih 250,000 pengikut di Instagram.

pempengaruh korea maut dipukul
Kredit: Koreaboo

Difahamkan, pempengaruh tersebut berkunjung dan tiba di negara berkenaan pada 2 Jun lepas. Pada hari kedua di negara berkenaan, mendiang dilaporkan meninggal dunia selepas menerima satu suntikan di hospital.

Polis tempatan kemudian menahan sepasang suami isteri, yang merupakan pemilik hospital berkenaan bagi membantu siasatan.

Beberapa keterangan kes selepas itu bagaimanapun menyebabkan orang ramai ragu berkenaan punca sebenar kematian mendiang.

Bagaimanapun, seorang saksi berkata, timbul keraguan tentang punca kematian Ahyeong apabila kesan lebam seolah-olah dipukul dengan dahsyat dibangkitkan.

”Media tempatan dan pihak kedutaan melaporkan kematian mendiang seperti bukan dibunuh, tetapi kesan lebam dan bengkak teruk ditemui pada wajahnya,” kata saksi tersebut.

pempengaruh korea maut dipukul
Kredit: Koreaboo

Selain itu, seorang sumber memaklumkan bahawa terdapat ura-ura yang mengatakan bahawa perihal sebenar mengenai kes ini kelihatan kontradik dengan apa yang dilaporkan dalam berita tempatan.

“Bukan itu sahaja, terdapat ura-ura yang mendakwa wanita tersebut telah diserang.”

Terdapat beberapa pengguna internet yang mempercayai serangan tersebut berlaku selepas kematian pempengaruh terbabit.

Instafamous Korea maut di Kemboja cetus tanda tanya

Pasangan tersebut didakwa mencederakan wajah Ahyeong agar mayatnya tidak dapat dikenal pasti oleh pihak berkuasa.

Dalam pada itu,seorang wakil daripada Kedutaan Korea Selatan di Kemboja memaklumkan, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan berkenaan punca kematiannya.

“Kami akan memberikan maklum balas terhadap polis Korea Selatan, selepas polis Kemboja berkongsi maklumat berkenaan siasatan berikut,” jelas jurucakap Kedutaan Korea Selatan di Kemboja.

Baru-baru ini, seorang pelawak Korea Selatan, Seo Se Won turut didapati meninggal dunia selepas menerima suntikan di hospital tempatan.

Pelawak berkenaan difahamkan telah berpindah ke negara berkenaan untuk menjalankan urusan perniagaan.

Kredit: Koreaboo

BACA: PDRM Akan Mohon Dari Interpol, Dapatkan Identiti Penuh & Lokasi Terkini Jocelyn Chia

Sumber: Koreaboo

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma