Siakap Keli
E-mel Dikirim Sudah Dibaca Belum
Kredit: Bernama

‘Pasang’ Ini, Cara Nak Tahu Sama Ada E-mel Dikirim Sudah Dibaca Atau Belum

‘Pasang’ Ini, Cara Nak Tahu Sama Ada E-mel Dikirim Sudah Dibaca Atau Belum

Pernah tak mesej anda tidak dibalas oleh beberapa pihak? Tunggu punya tunggu, tiada satu maklum balas pun dari penerima mesej.

Istilah ini dinamakan sebagai ‘Ghosting‘ atau dalam bahasa rojak di Malaysia, kena ‘palau‘.

Biasanya, orang yang mengamalkan ‘ghosting’ sudah membaca mesej anda, namun tidak memberikan sebarang respon dengan sengaja.

Berbeza dengan mereka yang terlepas pandang kerana sibuk atau menerima banyak pesanan, situasi berkenaan sememangnya boleh difahami.

Maka, jika kita memesejnya semula, berkemungkinan pihak berkenaan akan memberi respon serta meminta maaf kerana terlepas pandang mesej sebelum ini.

Selain daripada aplikasi permesejan, realiti ‘ghosting’ ini juga dihadapi dalam dunia profesional.

Kita akan mengalami kesukaran untuk mengetahui situasi sebenar, jika sesetengah pihak tidak membalas e-melnya.

Sebagai contoh, para pemohon kerja tidak dapat mengetahui status pemohonan mereka, jika Bahagian Sumber Manusia tidak memberikan maklum balas.

Bagi mengatasi masalah ini, seorang pengguna Twitter telah menunjukkan cara bagaimana untuk melihat sama ada e-mel yang dikirim sudah dibaca atau sebaliknya.

Anis Suraya (@anisssurayaaa) mengatakan, ini dapat membantu pemohon kerja untuk memastikan sama ada e-mel mereka dibaca atau belum.

Bukan itu sahaja, ini juga dapat membantu kita untuk menentukan sama ada e-mel yang dihantar masih aktif ataupun sebaliknya.

Kredit: Anis Suraya

Dalam kaedah ini. anda perlu untuk memuat naik sambungan (extension), Mail Track pada Chrome Web Store.

Berikut merupakan cara-caranya:

1. Layari mailtrack.io‘ pada Google Chrome anda, ataupun anda boleh menekan pada pautan ni – mailtrack.io/en/.

Kredit: Anis Suraya

2. Tekan pada pilihan ‘Install for Free‘.

Kredit: Anis Suraya

3. Kemudian, klik pada pilihan ‘Add to Chrome‘ dan klik lagi pada bahagian ‘Add extension‘.

E-mel Dikirim Sudah Dibaca Belum
Kredit: Anis Suraya
E-mel Dikirim Sudah Dibaca Belum
Kredit: Anis Suraya

4.- Selepas memasang sambungan tersebut pada Chrome, anda boleh terus menyambungkan sambungan tadi dengan e-mel anda.

E-mel Dikirim Sudah Dibaca Belum
Kredit: Anis Suraya

Dengan ini, anda dapat memastikan sama e-mel yang dikirim sudah dibaca penerima atau belum. Bos anda pun boleh tahu, jika anda sudah membaca e-melnya ataupun sebaliknya.

BACA: “Pokok Tepi Jalan Je”, Wanita Dedah Cara Buat Pen Khat Dari Pokok Resam

Sumber: @anisssurayaaa via Twitter 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma