“Pokok Tepi Jalan Je”, Wanita Dedah Cara Buat Pen Khat Dari Pokok Resam
Khat merupakan adalah satu seni tulisan yang indah atau istilah lebih mudah, seni kaligrafi yang khusus bagi tulisan yang menggunakan abjad hijaiyah.
Bagi sesiapa yang mempelajari subjek Khat di sekolah, anda sudah semestinya pernah menggunakan pencil khat sama ada jenis mekanikal ataupun jenis kayu.
Sesiapa yang menghasilkan pensil khat dari pensil kayu, anda boleh dianggap sebagai golongan yang agak ‘rare‘ kerana proses penghasilannya sangat leceh.
Anda perlu mengikis pada bahagian mata pensil sehingga menghasilkan mata pencil khat yang melintang dan serong.
Proses ini sudah semestinya sukar khususnya bagi pensil yang diperbuat dari kayu yang kurang berkualiti serta memiliki mata yang agak rapuh.
Namun, apabila menginjak dalam dunia penghasilan khat secara profesional, rata-rata penggiatnya tidak lagi menggunakan pensil.
Kebiasaanya mereka akan menghasilkan khat dengan menggunakan pen khat yang dicelup dengan dakwat khas.
Penghasilan pen khat itu sudah semestinya mengambil beberapa proses sebelum dapat digunakan seperti pen biasa.
Seorang pengguna TikTok yang juga merupakan penggiat seni khat, Iqa Zakaria (iqazkria) telah menunjukkan cara bagaimana dirinya menghasilkan pen khat dari pokok resam.
Pada awal videonya, wanita tersebut menunjukkan dirinya sedang mencari pokok yang digunakan untuk menghasilkan pen khat.
Kata Iqa, mereka akan menggunakan akar pokor resam untuk menghasilkan pen khat. Rupa pokok resam ini memang seakan-akan paku pakis, tetapi tidak boleh dimakan.
Kenapa akar pokok resam dipilih sebagai bahan untuk menghasilkan pen khat?
Untuk makluman, bahagian dalam akar pokok resam memiliki struktur seakan-akan span dan ini membolehkan dakwat diserap dan ‘distor’ semasa membuat tulisan khat.
Namun begitu, disebabkan kita tinggal di kawasan yang panas dan lembap, bahagian span ini tidaklah begitu kering semasa ia diambil dari pokoknya.
Sebelum mengikisnya, kita perlu menjemur batang-batang ini di bawah cahaya matahari sehingga kering.
Selepas ia kering, kita perlu mengenalpasti bahagian rata dan lengkung pada batang resam ini. Untuk menghasilkan mata pen khat, kita perlu mengikis pada bahagian yang melengkung.
Semasa proses ini, kita perlu melakukannya secara perlahan-lahan kerana dikhuatiri batang resam akan patah, jika dikikis dengan cepat.
Pada bahagian mata pula, kita akan memotongnya secara melintang dan sedikir serong. Akhir sekali, kita akan melicinkan bahagian mata pen khat dengan menggunakan kertas pasir.
Dengan melakukan proses-proses di atas, kita dapat menggunakan pen khat tadi untuk membuat seni khat.
Bagi memahami proses pembuatan pen khat dengan lebih mendalam, anda boleh menonton video Iqa di bawah:
@iqazkria Pen khat dari pokok resam
BACA: Ingatkan Makanan Barat, “Chicken Chop” Sebenarnya Berasal Dari Malaysia, Ini Kisahnya
Sumber: iqazkria via TikTok