Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Penuh Dengan Aktiviti, Lelaki Kongsi ‘Itinerari’ Melancong 9 Hari 8 Malam Ke Bangkok
Bagi kaki travel, waktu sekarang ini adalah antara masa yang paling sesuai untuk pergi melancong.
Banyak pusat pelancongan kini telah dibuka sepenuhnya, dari dalam negara sehinggalah di luar negara.
Namun, berdasarkan perkongsian orang ramai di media sosial, sekarang ini ramai yang mengambil peluang untuk melancong ke negara jiran kita iaitu Thailand.
Lokasi seperti Hatyai dan Phuket antara lokasi yang menjadi pilihan rakyat Malaysia apabila mahu melancong ke Thailand ini.
Tetapi tahukah anda, terdapat beberapa lagi tempat yang ‘best‘ untuk korang yang kaki travel boleh pergi jika melancong ke Thailand.
Justeru, untuk mengetahui lebih lanjut tempat yang seronok untuk dilawati di Thailand ni mari kita ikuti perkongsian daripada Naseer Othman seperti yang dikongsinya di Facebook.
Menurut Naseer, dia telah pergi ke Thailand selama sembilan hari dan lapan malam dengan hanya menghabiskan wang sebanyak RM1,191 sahaja.
Perjalanannya dimulakan pada 31 Mei lalu dengan menaiki pesawat AirAsia dari Pulau Pinang ke Dong Mueng.
Sampai sahaja ke lapangan terbang Dong Mueng, Naseer mengambil bas untuk pergi ke Mo chit dengan menggunakan bus A1 blue. Harga tiket bagi perjalanan tersebut sebanyak 30 baht atau RM4 sahaja.
Pada malam pertama Naseer di sana, dia telah menginap di sebuah hotel tiga bintang. Untuk malam pertama, Naseer hanya beli makan malam di 7Eleven kerana kedai makanan halal yang berdekatan sudah tutup pada malam tersebut.
Hari kedua Naseer memulakan harinya dengan bersarapan pagi di Rahim Halal Food. Kemudian dia bergerak ke Pattaya pada jam 9.00 pagi. Perjalanan mengambil masa sekitar dua jam menaiki bas dengan perbelanjaan sebanyak RM21.
Semasa di Pattaya, Naseer telah menginap di hotel Ambiance selama dua malam dengan bayaran RM100 untuk satu malam.
Pergi ke ‘pasar terapung’ untuk makan tengah hari menaiki Sonthaew dengan bayaran RM13 serta tiket masuk pasar terapung sebanyak RM26.
Makan malam nasi ayam, kemudian berjalan kaki sekitar Pattaya menghabiskan hari kedua.
Pergi ke Buakhao Market, kemudian bertolak ke ‘Santuary of truth’ dengan bayaran RM36.
Tambah Naseer, kalau beli dekat Klook akan dapat murah sebanyak RM10 berbanding ‘walk in’. Naseer turut pergi ke Terminal 21 Pattaya menaiki van dengan bayaran RM13.
Seterusnya bergerak ke The Lunar Beach House naik motor teksi bayaran RM8.
Makan malam menu sama iaitu nasi ayam sebelum pusing berjalan Pattaya Night Bazaar.
Pergi sarapan pagi dan bergerak ke pasar hujung minggu Chatuchak untuk makan tengah hari.
Naseer kemudian ‘check in’ pula di Grand President Bangkok dengan bayaran RM95. Rehat di hotel dan seterusnya pergi makan malam.
Sebelum balik ke hotel, Naseer sempat singgah ke ‘Jodd Fairs night market’ menaiki motor teksi dengan bayaran RM3.
Naik kereta api dari Thon Buri ke Thamkra Sae dengan bayaran tiket RM13 yang dibeli di kaunter jualan.
Berhenti seketika di Thankra Sae dan Krasae Cave untuk menikmati pemandangan. Seterusnya kereta api bergerak ke Kanchanaburi.
Naseer turut menyewa motosikal dengan bayaran RM33 sehari dan memerlukan lesen sebagai deposit.
Naseer kemudiannya ‘check in’ di Chez Bure Homestay Kanchanaburi dengan bayaran RM74. Lepas check in, Naseer pergi makan tengah hari di Zubra Farm Islamic Food.
Pada sebelah malam pergi ke sungai Khwae Bridge dan JJ Night Market Kanchanaburi.
Sarapan pagi beli dekat 7Eleven sahaja dan bergerak ke Safari World dengan bayaran RM73 serta RM6 untuk makanan haiwan di zoo tersebut.

Lepas puas pergi zoo, Naseer pergi pula ke Zubra Farm Islamic Food untuk makan tengah hari. Menurut Naseer makanan di sini sedap-sedap.
Lepas makan tengah hari, Naseer check out dan pulangkan motosikal yang disewa semalam.
Perjalanan Naseer seterusnya mahu pergi ke Thonburi menaiki kereta api dengan bayaran tiket RM13.
Sampai Thonburi check in pula di Kaya Heritage Hotel dengan bayaran RM98 untuk satu malam. Macam biasa makan malam kali ini hanya beli di 7Eleven.
Pukul 7.00 pagi Naseer bergerak ke Sai Tai Mai dengan menaiki bas. Kemudian dia bergerak pula pergi ke Maeklong Railway market menaiki minivan dengan bayaran RM13.

Di sini, Naseer check in di The Home Hotel dengan bayaran RM35 satu malam. Kemudian pergi makan tengah hari di Mini Plaza yang banyak buka gerai makanan halal.
Pada pukul 3.00 petang pergi Chocolate Ville menaiki bot dengan bayaran RM9. Tiket untuk masuk ke Chocolate Ville dijual pada harga RM13 seorang.
Pada malam pergi ke Ramkhamhaeng Night Market untuk cari makan malam.
Hari kelapan- Bangkok City
Hari kelapan ini Naseer pergi ke Ibis Bangkok Riverside untuk check in menaiki bot. Penginapan Naseer kali ini hanya RM32 untuk satu malam.
Untuk makan tengah hari, Naseer pergi ke Samat Muslim Food di Krung Thonburi. Seterusnya Naseer singgah ke Pratu Nam Market dan Halal Street Food Shop.
Naseer kemudian pergi ke Siam Pargon, Bangkok Art & Culture Centre, Patpong Night Marekt dan terakhir ke Icon Siam di Sala Daeng.
Check out hotel kemudian bergerak ke lapangan terbang untuk balik ke Malaysia.
Macam mana, menarik tak perjalanan percutian sembilan, lapan malam saudara kita ni? Diharap perkongsian ini dapat membantu anda serba sedikit untuk mengatur perjalanan anda yang mahu bercuti ke Thailand di masa akan datang.
Sumber: Naseer Othman via Facebook