Siakap Keli
"rider" ducati maut
Gambar: Video tular

Dipercayai Elak Penunggang Lawan Arus, “Rider” Ducati Maut Tercampak Jatuh Dari “Fly Over”

Dipercayai Elak Penunggang Lawan Arus, “Rider” Ducati Maut Tercampak Jatuh Dari “Fly Over”

Hari ini tular satu video yang memaparkan kemalangan melibatkan penunggang motosikal yang terjatuh dari Fly Over selepas dipercayai tidak sempat mengelak sebuah motosikal yang melawan arus.

Kejadian dipercayai berlaku di lebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE). Tindakan invdividu yang melawan arus tersebut menyebabkan mangsa yang menaiki motosikal jenis Ducati tercampak beberapa meter ke bawah selepas merempuh pada bahagian benteng.

Menerusi video berdurasi 13 saat, mangsa dipercayai tidak sempat mengelak sejurus menyedari kelibat motosikal berkenaan dari arah hadapan. Lebih-lebih lagi, jalan tersebut hanya menggunakan satu lorong sahaja.

BACA: Penunggang Motosikal Cedera Terlibat Kemalangan Gara-Gara Babi

Menerusi perkongsian netizen di Facebook, mangsa ditemui dalam keadaan mengiring dan masih memakai topi keledar di kepala.

Mangsa yang terjatuh dipercayai meninggal dunia selepas insiden berkenaan susulan tidak menunjukkan sebarang respon atau pergerakan.

https://www.facebook.com/ikhwan.hamid.315/posts/pfbid02m1jawS9AfmPWC3DuAFqB5umPpf5q8cfpJqo8pZrzQASjfp1q4xHLA4tH6oxEDStxl

Motosikal Remuk

Sementara itu, motosikal yang ditunggang mangsa remuk pada bahagian headset dan handle akibat merempuh penghadang di lokasi kejadian.

"rider" ducati maut
Gambar: Facebook

BACA JUGA: Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori

Pemandu Pandu Lawan Arus, Rempuh Dua Penunggang Motosikal

Terdahulu, seorang pemandu kenderaan jenis Bezza dikesan memandu dalam keadaan lawan arus hingga merempuh dua motosikal.

Memetik Polis Kuala Langat, kejadian berlaku di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tanjung 12 Lebuhraya SKVE (arah Pulau Indah ke Bandar Saujana Putra.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berlaku semasa penunggang motosikal jenis Honda Dash tersebut menunggang motosikalnya dari arah Banting menghala ke Bandar Saujana Putra.

Difahamkan, kesemua mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut mengalami kecederaan dan telah dibawa ke Hospital Banting untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, saksi bebas yang melihat kemalangan berlaku atau saksi yang mempunyai maklumat disaran menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

BACA JUGA: Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Kebaikan & Keburukan Penggunaan Tayar Lebar Bagi Motosikal

Sumber: Facebook

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.