Siakap Keli
penggunaan tayar lebar
Gambar: AFP

Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Kebaikan & Keburukan Penggunaan Tayar Lebar Bagi Motosikal

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Kebaikan & Keburukan Penggunaan Tayar Lebar Bagi Motosikal

Tayar atau roda merupakan komponen penting dalam menggerakkan sesuatu beban yang besar dan berat. Ia telah digunakan sejak zaman dahulu dalam mengangkut barang atau membawa penumpang.

Sehingga ke hari ini, setiap kenderaan dibekalkan dengan jumlah tayar yang berbeza. Bagi motosikal, kenderaan bermotor ini menggunakan dua tayar untuk menggerakkannya ke mana-mana.

Setiap tayar juga mempunyai pelbagai ciri seperti saiz dan lebar yang mempunyai fungsi khusus.

Kebanyakan penunggang motosikal gemar menggunakan tayar yang lebih lebar pada permukaannya khususnya pengguna skuter. Namun, pernahkah anda terfikir mengapa ia menjadi pilihan orang ramai?

Bagi menjawab persoalan kenapa tayar lebar menjadi pilihan ramai, mari kita ikuti perkongsian seorang pakar Jurutera Simulasi Aliran Bendalir dan Pemindahan Haba, AidFawzal di bawah.

Apa kebaikan tayar lebar untuk motosikal?

Sahabat saya Rahmat Niz tanya soalan dibawah ni dan saya teruja nak jawab.

Secara ringkasnya, adalah cengkaman selekoh (cornering grip) lebih baik?

Jawapannya ya tayar lebar skuter akan memberikan cengkaman yang lebih baik sewaktu jalan basah. Manakala, cengkaman jalan kering biasa-biasa je disebabkan diameter tayarnya yang kecil.

Jawapan panjang…

BACA JUGA: Kenapa Kereta Sedan Tiada “Wiper” Belakang Macam Hatchback?

Kebaikan tayar lebar berbanding tayar halus adalah:

Tayar lebar mempunyai lebih banyak permukaan yang bersentuhan dengan jalan raya.

Maksudnya lebih cengkaman (grip). Tetapi hal ini bukan hanya bergantung kepada lebar tayar sahaja, sebaliknya juga saiz diameter tayar perlu diambil kira.

Contohnya luas permukaan tayar skuter yang bersentuhan dengan jalannraya tu 2 x 5, manakala tayar kapcai 5 x 2. Kan sama je tu. Sebab tu kita tak boleh kata tayar skuter lebih baik daripada tayar kapcai sepenuhnya.

Bezanya lengkung lebar tayar skuter yang lebih banyak akan membantu dalam cengkaman sewaktu jalan basah.

Prestasi break mengejut (emergency brake) yang lebih baik berbanding tayar nipis.

Bila brek mengejut, berat kenderaan pindah ke tayar hadapan. Tayar lebar akan mempunyai lebih luas permukaan yang bersentuhan dan tingkatkan prestasi membrek.

Tayar lebar juga memberikan tunggangan jadi lebih empuk (smoother ride) disebabkan tayar tadi mampu menyerap hentakan (absorbing bump).

Kerana itu, motorsikal dengan tayar yang lebar biasanya didatangkan dengan gegelung spring yang lebih keras.

Tapi kekurangannya pulak adalah:

Penggunaan bahan api yang lebih banyak (high fuel consumption) berbanding tayar halus.

Lebih banyak permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalanraya bermakna ia juga lebih banyak rintangan bergolek (rolling resistance).

Bila rintangan bergolek tinggi, lebih banyak kuasa enjin yang diperlukan untuk menggerakkan motorsikal. Sebab tu lah pengguna bahan api lebih tinggi.

Kesan buruk yang disebabkan berat.

Tayar lebar ni lebih berat. Dan disebabkan berat tayar ni berada sebelum gegelung spring, dia menyebabkan beban sebelum-pegas (unsprung weight) yang lebih tinggi.

Ini akan memberi kesan terhadap pengendalian (handling) motorsikal, pecutan (acceleration) yang lebih perlahan dan juga menyebabkan reaksi sistem gantungan menjadi lebih lambat (less responsive).

Tambahan, istilah jalan basah tu maksudnya basah tau. Tak sama dengan jalan berlopak. Berlopak ni kalau kita langgar, dah masuk tajuk aquaplaning/hydroplaning.

Sumber: Twitter @aidfawzal

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?