Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rupanya Maksud Papan Tanda Di Lebuhraya PLUS Ramai Tak Tahu
Setiap hari, jutaan pengguna menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) sebagai laluan utama untuk perjalanan sama ada pulang ke kampung, urusan kerja mahupun perjalanan jarak jauh merentasi negeri.
Sepanjang perjalanan ini, pemandu akan sering berdepan dengan pelbagai papan tanda jalan yang dipasang di sepanjang lebuh raya bagi memberi panduan dan maklumat penting.
Namun begitu, tidak semua pengguna jalan raya benar-benar memahami maksud di sebalik setiap papan tanda yang dipaparkan.
Ada antaranya kelihatan ringkas, tetapi sebenarnya membawa maksud khusus yang penting untuk keselamatan dan kelancaran trafik.
Oleh itu, memahami fungsi dan makna papan tanda di lebuh raya bukan sahaja membantu pemanduan menjadi lebih lancar, malah turut meningkatkan tahap keselamatan semua pengguna jalan raya.
Papan tanda di Lebuhraya PLUS bukan sekadar hiasan di tepi jalan, tetapi berfungsi sebagai panduan penting kepada pemandu.
Setiap penanda membawa maklumat tertentu yang membantu keselamatan dan memudahkan perjalanan pengguna lebuh raya.
Penanda Kilometer
Penanda jarak lebuh raya setiap 1 kilometer
Tulisan berwarna putih dan papan berwarna hijau

Papan ini dapat dilihat sama ada di tengah rel penghadang atau di bahagian bahu jalan
Penanda ini sangat penting kerana mampu membantu untuk memaklumkan kedudukan anda sekiranya ingin menghubungi sebarang bantuan kecemasan atau kerosakan.
Penanda Hektometer
Penanda jarak lebuh raya setiap 100 meter
Tulisan berwarna hijau dan papan berwarna putih

Papan ini boleh dilihat sama ada di tengah rel peghadang atau di bahagian bahu jalan.
Penanda ini sangat penting kerana mampu membantu untuk memaklumkan kedudukan anda sekiranya ingin menghubungi sebarang bantuan kecemasan atau kerosakan.
Penanda Sila Pandu Di Dua Lorong Paling Kiri
Tulisan berwarna hitam dan papan berwarna putih
Kenderaan berat sila pandu di dua lorong paling kiri
