Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Suspek Kes Samun Di Kota Kemuning Ditangkap

Nurhanis
kes samun kota kemuning
Kredit: BERNAMA

Dua Suspek Kes Samun Di Kota Kemuning Ditangkap

Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat kejadian samun berkumpulan di sekitar Kota Kemuning dalam satu tangkapan pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata tangkapan dibuat pihaknya hasil siasatan satu kes samun yang berlaku di sebuah premis lot kedai di Kota Kemuning, Shah Alam pada 4 Jun lalu.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam sekitar 11.44 pagi di mana kejadian samun itu berlaku kira-kira 9.40 pagi pada 4 Jun lepas.

“Suspek telah memasuki sebuah kedai runcit pada ketika itu terdapat dua pekerja dan seorang pelanggan.

“Suspek pada mulanya mahu membeli minuman keras dan menyatakan akan membayar kemudian hari tetapi tidak dibenarkan oleh pekerja kedai tersebut.

“Suspek tetap berkeras dan telah mengambil juga minuman keras dan bertindak mencederakan pelanggan yang berada di dalam kedai tersebut dengan menggunakan sebilah pisau,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Muhd Iqbal berkata hasil siasatan yang dijalankan, polis berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 30 tahun dalam operasi pada 8.20 malam Isnin lalu.

BACA: Video Lelaki Disamun Di Stesen Kereta Api Berlaku Di Brazil, Bukan Segambut

Difahamkan, jumlah kerugian membabitkan wang tunai lebih kurang RM400 termasuk minuman keras.

Tambah Muhd Iqbal semakan mendapati semua suspek memiliki jenayah lampau di mana suspek pertama mempunyai dua rekod jenayah manakala suspek kedua enam rekod jenayah.

Kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga 16 Jun untuk siasatan lanjut.

“Siasatan dijalankan dibawah seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan sebarang kes jenayah di minta untuk menyalurkannya dengan cara menghubungi Pegawai Penyiasat kes Asistan Superintenden Polis Mohammad Khairi di talian 012-2666025.

Sebelum ini, tular di media sosial di mana video sekumpulan individu menyamun individu lain di kaki lima sebuah premis oleh dua lelaki tidak memakai baju.

Sumber: IPD Shah Alam/Facebook