Ampaian Termahal Di Dunia, Anak Terkedu Mak ‘Selamba’ Sidai Kain Atas Ducati
Rakyat Malaysia, khususnya golongan suri rumah selalu akan mencari jalan paling unik untuk mengeringkan pakaian yang dibasuhnya.
Walaupun sudah wujud mesin pengering, namun tiada yang dapat melawan kaedah tradisional, iaitu menjemur di bawah cahaya matahari atau dibawah kipas.
Selain dapat menjimatkan elektrik, mereka juga tidak perlu bersusah payang untuk pergi ke mana-mana dobi layan diri.
Walau bagaimanapun, kadang kala ruangan untuk menyidai pakaian di rumah tidak mencukupi. Maka, rakyat Malaysia perlu berfikiran kreatif bagi mencari kaedah atau tempat baharu untuk menyidai pakaian.
Antara tempat yang lazim di pilih, adalah tingkap, pintu serta beberapa perabot rumah seperti kerusi, kabinet dan sebagainya.
Kita berpegang pada prinsip ‘asalkan baju cepat kering’ bagi mengelakkan pakaian yang masih lembap itu mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.
‘Ampaian’ mak sidai kain bukan biasa-biasa ‘mirip’ motosikal super Ducati Panigale V4
Dalam satu video yang tular di TikTok, seorang pengguna yang dikenali sebagai Emi Emilia (@emiemilia91) telah berkongsi video ibunya menyidai pakaian di atas motosikal anaknya.
Difahamkan, motosikal tersebut merupakan motosikal super model Ducati Panigale V4 yang berasal daripada pengeluar Itali.
Menurut tinjauan, motosikal garang berwarna merah ini dijual pada tanda harga yang agak tinggi, iaitu RM145, 900 bagi varian V4.
Bagi varian V4s yang menampilkan electronic suspension pula bernilai kira-kira RM188, 900 seunit.
Maka, tidak hairanlah pemilik motosikal berkenaan tidak mahu meletakkan motosikalnya di luar rumah.
Kebarangkalian, motosikal tersebut untuk dicuri agak tinggi jika kenderaan tersebut diletakkan pada tempat yang sebarangan.
Namun, ibu kepada pemilik motosikal ini tidak keberatan untuk menjadikan motosikal berkenaan sebagai ampaian.
Secara teknikalnya, wanita tersebut berkemungkinan telah menjemur pakaian pada antara ‘ampaian’ baju yang termahal di dunia.
Sifat ibu yang selamba menyidai pakaian pada motosikal tersebut telah mencuit perhatian warga maya. Rata-rata, warga maya sudah lali dengan situasi yang dihadapi oleh pemilik motosikal Ducati V4 ini.
Apa beberapa pengguna berkongsi pengalaman yang serupa, yang menyebabkan mereka terkedu.
“Mak aku pula selamba jemur karpet dekat hood kereta aku.. Kita ni punyalah jaga kereta tak nak bagi calar,” seorang pengguna berkongsi pengalaman.
“Mak akak suruh akak undur kereta keluar dari garaj, ingatkan langgar pasu bunga dia, rupanya dia nak jemur bantal,” kongsi pengguna lain.
BACA: Palestin Gusar, Ahli Parlimen Israel Cadang Nak Bahagi Dua Masjid Al-Aqsa
Sumber: @emiemilia91 via TikTok