Ikut Tradisi Tentera Laut, Ini Sebab Kenapa Loceng Dibunyikan Di Hospital
Tular baru-baru ini berkenaan sebuah video yang memaparkan aksi seorang wanita membunyikan loceng di sebuah hospital selepas mendapatkan rawatan.
Video itu bukan sahaja tular, malah ramai pengguna yang keliru tidak faham dengan apa yang terjadi. Mereka telah mempersoalkan perbuatan wanita itu.
Apa maksud perbuatan membunyikan loceng tersebut?
Penulisan pada hari ini akan berkongsikan apa maksud disebalik perbuatan tersebut.
Perbuatan membunyikan loceng di hospital selepas mendapatkan rawatan pada awalnya dilakukan untuk memberikan semangat kepada pesakit kanser.
Ramai pesakit kanser yang didiagnos dengan kanser akan berasa takut dan tidak selesa dengan keadaan itu.
Mana tidaknya, rawatan radiasi dan kemoterapi selalunya akan memberikan kesan sampingan seperti loya, keletihan, kadangkala keguguran rambut dan banyak lagi.

Oleh itu, kaedah ini diperkenalkan bagi memberi peluang kepada pesakit kanser untuk membunyikan loceng untuk menandakan peristiwa penting yang dialami mereka selepas rawatan.
Hampir 30 tahun lalu, sebuah pusat rawatan kanser terbaik MD Anderson mula melaksanakan upacara bunyi loceng pada akhir rawatan terapi sinaran pesakit.
Perbuatan membunyikan loceng itu diterima pakai berdasarkan tradisi Tentera Laut yang membunyikan loceng selepas berjaya menyelesaikan tugas mereka dengan lancar.
Memandangkan setiap pesakit mungkin akan mendapat kesan daripada radiasi, amalan ini sudah dianggap inklusif untuk semua pesakit kanser.
Kini banyak pusat perubatan mula memperluaskan perbuatan membunyikan loceng bagi pesakit yang baru sahaja selesai menjalani rawatan kemoterapi yang dianggap bebas daripada kanser.
Malah kini perbuatan amalan membunyikan loceng bukan sahaja terhad untuk mereka yang menghidap kanser. Perbuatan ini kini diperluaskan lagi kepada pesakit yang berjaya dalam menjalani rawatan IVF.
Berdasarkan perkongsian muat naik pengguna TikTok @net_lim, wanita di dalam video tersebut merupakan salah seorang daripada wanita yang berjaya menjalani rawatan IVF nya.

In vitro fertilization atau IVF adalah satu siri prosedur kompleks yang digunakan untuk membantu kesuburan atau mencegah masalah genetik dan membantu mendapatkan anak.
Semasa IVF, telur matang dikumpul (diambil) dari ovari dan disenyawakan oleh sperma di makmal. Kemudian telur yang disenyawakan (embrio) akan dipindahkan ke rahim.
Satu kitaran IVF mengambil masa kira-kira tiga minggu. Kadangkala langkah ini dibahagikan kepada bahagian yang berbeza dan prosesnya boleh mengambil masa yang lebih lama.
IVF adalah bentuk teknologi pembiakan berbantu yang paling berkesan dan telah membantu ramai orang yang tidak mempunyai anak secara normal.
Justeru, bagi mereka yang berjaya melakukan IVF ini, mereka diberi peluang untuk membunyikan loceng bagi menandakan keberhasilan dalam rawatan tersebut.

“Hari ini aku dapat lihat dua wanita hebat membunyikan loceng ini. Semoga wanita-wanita hebat lainnya bakal menyusul di kemudian hari,” tulis kapsyen video muat naik tersebut.
Kesimpulannya
Kesimpulannya, perbuatan membunyikan loceng itu adalah sebagai tanda bebas dan berjayanya seorang pesakit daripada menjalani rawatan yang dijalani oleh mereka.
Bagi pesakit kanser, selepas berjuang dengan kaedah rawatan kemoterapi yang menyakitkan. Mereka akhirnya bebas dari penyakit itu dan berpeluang membunyikan loceng.
Begitu juga buat mereka yang menjalani IVF. Setelah berulang kali berusaha dan mencuba, mereka akhirnya berjaya dalam rawatan kesuburan tersebut dan bakal bergelar ibu.
Muat naik itu bukan sahaja mendapat jutaan tontonan, malah ia turut mendapat reaksi komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial yang lain.
BACA: Agensi Padam Memori Manusia Diceroboh, Orang Dalam Disyaki Curi Teknologi ?
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Waktu saya bebas dari kanser doktor suruh bunyikan loceng macam itu. Dan semua jururawat dekat situ peluk saya. Sumpah saya happy gila,” tulis seorang netizen berkongsikan pengalamannya.
“Successful IVF. Congrats!” tulis seorang netizen yang mengucapkan tahniah kerana sudah berjaya dalam rawatan IVF.
“Wah, baru tau. Lepasni kalau aku dengar loceng ni dekat hospital, atleast aku tepuk tangan dekat orang tu,” tulis seorang netizen yang baru mengetahui berkenaan perbuatan membunyikan loceng itu.
@net_lim hari ini aku melihat 2 wanita hebat membunyikan lonceng ini 🥰😘 semoga wanita² hebat lainnya bisa menyusul beliau ❤️😇🙏 #31mei2023 #pejuanggarisdua #genesisivfpenang #penang #bayitabung #programbayitabung
Sumber: TikTok via @net_lim, Penn Medicine, Mayo Clinic