Siakap Keli
kelibat putih mundar-mandir
Kredit: @dunia_hantu/TikTok

Seram, Kelibat Putih Jalan Mundar-mandir Di Wad Hospital Dirakam CCTV

Seram, Kelibat Putih Jalan Mundar-mandir Di Wad Hospital Dirakam CCTV

Tular di media sosial Indonesia, satu rakaman memaparkan sosok yang didakwa bayang-bayang putih misteri bergerak di hadapan katil pesakit di sebuah hospital, lapor Okezone.

Kelibat tersebut dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik di laman TikTok menerusi akaun @dunia_hantu.

Hospital sering dikaitkan dengan fenomena mistik terutamanya pada waktu malam dan kini kembali menjadi tumpuan selepas klip itu viral di media sosial.

Pada permulaan video, bahagian ruang pesakit itu berada dalam keadaan senyap dan sunyi di mana lampu juga dinyalakan, menerangi bilik rawatan bertirai hijau itu.

@dunia_hantu/TikTok

Tidak lama kemudian, muncul kelibat bayang-bayang putih berjalan mundar-mandir di bahagian tepi katil pesakit sebelum bergerak ke hadapan katil melalui langsir yang separa ditutup.

Jika dilihat dengan teliti, bayangan putih itu melakukan pergerakan hanya di sebelah katil pesakit dan di hadapan katilnya.

Dalam rakaman tersebut, jelas kelihatan kelibat bayang-bayang putih bergerak dan yang membuatkan ia lebih seram apabila figura itu adalah lut sinar.

Disebabkan terlalu terkejut, orang yang berada di dalam video tersebut mula menjerit semasa menunjukkan penampakan kelibat putih itu.

Mereka mula memainkan rakaman CCTV itu untuk melihat permulaan sosok bayang putih itu muncul.

“Itu, itu!” jerit orang tersebut.

“Jalan, kemudian patah balik semula,” kata salah seorang dari mereka.

Sekiranya berada di tempat kejadian, kemungkinan kelibat itu tidak boleh dilihat namun selepas melihat menggunakan CCTV, figura itu aktif bergerak sana sini.

Walau bagaimanapun, pada ketika ini sosok putih itu masih belum diketahui apakah sebenarnya ia.

BACA: Menggigil Baca Ayat Kursi, Rakaman Seram Kelibat Putih ‘Menunggu’ Di Beranda Rumah

Komen warga maya

Pun begitu, menjengah di ruangan komen ramai yang mengesyaki bahawa bayang-bayang putih itu adalah jelmaan hantu atau roh.

Video tersebut menuai pelbagai komentar dari warga maya dan sesetengah mereka tidak terkejut dengan kelibat tersebut selain menganggap ia perkara biasa yang berlaku di hospital.

“Tidak hairanlah, sebab hospital,” kata salah seorang komentar.

“Seram sangat,” ujar pemberi komen selepas melihat video itu.

Saksikan rakaman penuh di bawah.

@dunia_hantu

Bayangan Putih Berjalan ke Kamar Pasien 👻 👻 #scary #creepy #hantu #horror #scaryvideos #tiktokhorror #satpamhoror

♬ suara asli – Dunia Hantu – Dunia Hantu

Sumber: Okezone, Deli, @dunia_hantu/TikTok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana