Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KDNK Jatuh 0.1 Peratus, New Zealand Dilanda Kemelesetan Ekonomi

Iqbal Yasir
new zealand ekonomi
Gambar: AFP

KDNK Jatuh 0.1 Peratus, New Zealand Dilanda Kemelesetan Ekonomi

NEW ZEALAND — New Zealand dilaporkan mengalami kemelesetan teknikal bagi ekonomi selepas Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) New Zealand jatuh 0.1 peratus pada suku pertama 2023, lapor AFP pada hari ini.

Kemelesetan teknikal ditakrifkan sebagai penguncupan dua suku tahun berturut-turut.

Perkara itu dimaklumkan menerusi agensi statistik New Zealand, Wellington berhubung perkara itu.

Difahamkan, kemelesetan berkenaan mencatatkan suku tahunan kedua berturut-turut. Pada tiga bulan pertama, KDNK negara itu pertama kali mengalami penurunan sebanyak 0.7 pada suku Disember 2022.

Menurut laporan CNBC, pada tahun lalu, ekonomi negara itu berkembang sebanyak 2.9 peratus pada suku tahun pertama.

Pakar ekonomi menjangkakan New Zealand bakal mengalami penguncupan ekonomi dan hanya mengalami pertumbuhan sebanyak 2.6 peratus tahun ke tahun.

Dolar New Zealand

Dalam pada itu, dolar New Zealand dilaporkan mengalami penurunan nilai sebanyak 0.23 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat. Manakala saham sedikit berubah dengan Indeks S&P/NZX 50 didagangkan 0.144 peratus lebih tinggi.

Dalam mesyuarat pada Mei, Reserve Bank of New Zealand telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada sebanyak 25 mata asas dengan kadar tunai rasmi naik kepada 5.5 peratus. Kadar tersebut merupakan kenaikan tertinggi sejak 14 tahun.

Pengurus Besar Cerapan Ekonomi dan Alam Sekitar New Zealand, Jason Attewell berkata, berlaku kemerosotan dalam pelbagai industri.

“Terdapat pelbagai keputusan di peringkat industri pada suku Mac 2023, dengan lebih separuh daripada industri merosot pada suku tersebut,” katanya.

Faktor Kemelesetan

Kemelesetan ekonomi negara itu didorong oleh penurunan dalam perkhidmatan perniagaan yang jatuh 3.5 peratus dan industri pengangkutan dan pergudangan yang turun sebanyak 2.2 peratus.

Tambahan lagi, negara berkenaan turut terkesan dengan Taufan Hale dan Gabrielle serta mogok yang dilakukan oleh guru-guru.

“Bencana yang disebabkan oleh cuaca buruk menyumbang kepada kejatuhan dalam perkhidmatan sokongan hortikultur, pengangkutan dan perkhidmatan pendidikan yang terkesan,” kata Attewell lagi.

BACA JUGA: IMF Unjur Ekonomi Global Mampu Elak Kemelesetan Pada 2023

New Zealand juga menyaksikan penguncupan dalam perdagangan selepas harga eksport jatuh kepada 6.9 peratus dan harga import turun 5.4 peratus.

Walau bagaimanapun, keluaran dalam media maklumat telekomunikasi dan sektor hartanah masing-masing meningkat sebanyak 2.7 peratus dan 0.7 peratus.

Dalam pada itu, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam satu kenyataan berkata ekomoni New Zealand kini berada di tengah-tengah kemelesetan ekoran dasar pemulihan pandemik.

IMF turut memberikan amaran terhadap bank pusat yang beralih kepada langkah pelonggaran dasar monetari kerana boleh membawa kepada kenaikan OPR pada masa hadapan.

“Memandangkan inflasi tidak boleh diniagakan berterusan, terdapat sedikit skop untuk menurunkan OCR untuk tempoh yang berpanjangan,” maklum IMF.

Sumber: AFP via Barrons, CNBC