Siakap Keli
google lens penyakit kulit
Kredit: Google

Google Lens Kini Mampu Kenalpasti Keadaan & Penyakit Kulit

Google Lens Bantu Kenalpasti Keadaan Dan Penyakit Kulit

Google telah meningkatkan potensi Google Lens, sebuah aplikasi yang membantu pengguna untuk mengenalpasti sesuatu maklumat menerusi imej.

Menurut Tech Crunch, fungsi baharu Google Lens kini boleh mengenalpasti keadaan dan penyakit kulit manusia seperti tahi lalat dan ruam, yang dikemaskini bermula semalam.

Bagi menggunakan fitur ini, pengguna hanya perlu memuat naik imej menerusi Google Lens dan aplikasi tersebut akan membandingkan dengan hasil carian yang serupa.

Selain itu, fitur baharu ini juga berfungsi dalam menerangkan beberapa keadaan penyakit yang sukar untuk diterangkan secara lisan.

Menurut Google Lens, fitur ini merupakan satu langkah kecil bagi aplikasi yang dipacu kepintaran buatan (AI) dalam memberikan diagnos terhadap kulit, rambut dan keadaan kuku.

Untuk makluman, aplikasi tersebut telah dilancarkan buat kali pertama di Eropah pada 2021.

Walau bagaimanapun, aplikasi tersebut berdepan kesukaran untuk ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat. Difahamkan, Google perlu mendapatkan kelulusan dari pihak Food and Drug Administration (FDA) terlebih dahulu.

Umumnya, fitur ini masih berguna untuk orang ramai dalam mendapatkan maklumat awal berkenaan penyakit kulit yang dihadapi atau mencari ubat-ubatan.

Bagaimanapun, perlu ditegaskan tindakan paling selamat dan berkesan adalah dengan mendapatkan diagnosis sesuatu penyakit daripada pakar perubatan yang bertauliah.

Usaha Google untuk menghasilkan Bard sebagai pesaing terdekat ChatGPT

Sebelum ini, Google Lens diumumkan bakal mengalami pengintergrasian bersama Bard, sebuah chatbot Google yang dipacu AI.

Pengguna pula dijangka dapat memuat naik imej ke platform Bard. Pada masa yang sama, Google Lens akan berkerja di sebalik tabir bagi membantu Bard untuk mendapatkan respons mengenai imej berkenaan.

Sebagai contoh, seorang pengguna memasukkan gambar sepasang kasut yang tidak dikenali di dalam ruangan Bard dan Google Lens akan membuat analisis mengenainya. Kemudian, Bard akan menyimpulkan jawapan berdasarkan analisis Google Lens.

Ini adalah kemas kini terkini kepada Bard, teknologi ciptaan Google untuk menyaingi ChatGPT. Google telah melaburkan pelbagai sumber dalam pembangunan teknologi AI generatif ini.

Minggu lepas, Google turut mengumumkan kemampuan terbaharu Bard untuk menghasilkan, menguji dan menjalankan kod yang dihasilkannya.

Perkara ini dapat membantu kemampuan Bard untuk menulis program dan menyelesaikan masalah matematik komplesk.

Manakala pada Mei lepas, Google mengumumkan kerjasama dengan Adobe untuk menghasilkan teknologi penjanaan karya seni kepada Bard.

BACA: Ampaian Termahal Di Dunia, Anak Terkedu Mak ‘Selamba’ Sidai Kain Atas Ducati

Sumber: Tech Crunch

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.