Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Betul Ke Jarakkan Kondenser Dengan Radiator Buat Aircond Kereta Sejuk? Ini Jawapan Pakar
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalamannya menjarakkan antara bahagian kondenser dengan radiator pendingin hawanya.
Pengguna berkenaan mengatakan bahawa pendingin hawanya menjadi lebih sejuk dan berfungsi lebih efisien.
Perkongsian pengguna dalam kumpulan Facebook, Myvi Club Malaysia itu telah menarik perhatian rakyat Malaysia.
Oleh sebab itu, perkongsian tersebut telah tersebar dan salah seorang warga maya bertanya kepada salah seorang pakar terkemuka di Malaysia, Dr. Aid Fawzal.
Dr. Aid Fawzal telah menerangkan apa yang berlaku menerusi hantaran Facebooknya hari ini. Berikut merupakan perkongsiannya:
Ada rakan kita minta saya beri penjelasan sains mengenai faktor jarak antara kondenser pengingin hawa dengan radiator ini boleh buat prestasi penyejukan ‘aircond’ lebih baik?
Penjelasannya begini:
1. Sifat angin ni banyak persamaan dengan sifat manusia. Antaranya adalah selagi ada jalan senang, angin akan ikut jalan tu dan seboleh-bolehnya akan elakkan lalu jalan susah.
2. Jadi, cuba kita bayangkan kereta sedang bergerak ke depan. Angin dari alam sekitar akan masuk melalui jeriji hadapan (front grill) ke dalam ruangan dalam bumper.
3. Dengan meletakkan penghadang, angin yang telah masuk dalam ruangan ini sudah tidak ada jalan untuk ‘mengelat’. Jadi ia terpaksa juga melalui halangan kondenser – radiator.
Akibat terpaksa inilah, penyejukan pada kondenser dan radiator akan lebih baik kerana sentiasa akan dapat laluan angin dari luar.
Maka terjawablah hal pertama. Seterusnya untuk hal kedua,
4. Bila terlalu rapat.
• Jika bersentuhan: Haba daripada radiator boleh berpindah ke kondenser secara pengaliran (heat conduction). • Rapat tapi tak sentuh, haba daripada radiator boleh berpindah ke kondenser secara radiasi (heat radiation).
Dengan menjarakkan, kita mengurangkan dua kemungkinan permindahan haba tersebut. Cuma kena pastikan, apabila sudah dijarakkan, perlu ada penghadang pada bahagian tepi supaya masih dapat perangkap laluan angin.
Kalau bocor ketepi, kecekapan kipas untuk menarik atau menolak angin (bergantung kepada kedudukan kipas) akan berkurangan.
Jika dua tindakan ni bagus, kenapa pengeluar kereta tak buat?
Jalan mudah, pengeluar kereta akan lihat pasaran sasaran pengguna (target market) dan letak kejuruteraan yang sesuai.
BACA: Ampaian Termahal Di Dunia, Anak Terkedu Mak ‘Selamba’ Sidai Kain Atas Ducati
Sumber: Dr Aid Fawzal via Facebook