Siakap Keli
Kredit: bhisham/ kellys_vine/ loomo

Tak Payah Bawa Kunci, Peranti Canggih Untuk Pasang Kat Pintu Rumah, Siap 7 Cara Nak Buka Pintu

Tak Payah Bawa Kunci, Peranti Canggih Untuk Pasang Kat Pintu Rumah, Siap 7 Cara Nak Buka Pintu

Dah lima minit tayar kereta bergolek, tetiba terfikir, “Eh, pintu tadi aku dah kunci ke?”

Rasanya ramai yang pernah mengalami situasi sebegini dan terus bergegas ke rumah, semata-mata ingin memeriksa keadaan pintu rumah.

Sungguhpun tindakan mengunci pintu rumah ni nampak macam agak remeh, jangan sesekali memandang rendah akan kesannya.

Bayangkan, berapa banyak barangan korang yang bernilai tinggi dapat diselamatkan sekali gus, memberikan perlindungan buat penghuni di dalamnya.

Jika kunci rumah kita dilengkapi dengan teknologi terkini pula, ini disifatkan lebih baik kerana ia turut dilengkapi dengan pelbagai fitur yang cukup best seperti loceng, kunci automatik dan sebagainya.

Macam Xiaomi Automatic Smart Door Lock lah, macam-macam fitur menarik yang mampu membuatkan korang diulit mimpi dengan tenang selepas ini.

kunci pintu rumah Xiaomi Smart Door Lock

Bukan sekadar melindungi, Xiaomi Automatic Smart Door turut memudahkan hidup anda.

kunci pintu rumah Xiaomi Smart Door Lock

 

Selain fungsi utamanya untuk mengunci pintu anda daripada dimasuki individu mahupun makhluk yang tidak diingini,  Xiaomi Automatic Smart Door Lock juga memiliki beberapa fitur lain.

Antaranya, korang boleh ‘unlock’ pintu rumah dibuka dan ditutup dengan pantas dan senyap dan dengan satu sentuhan sahaja.

Bukan setakat itu sahaja, pintu rumah akan terkunci secara automatik, sebaik sahaja anda melangkah keluar dari rumah.

Pelbagai cara untuk ‘unlock’, memudahkan pengguna daripada segenap lapisan umur dalam pelbagai situasi

Biasanya, golongan warga emas agak sedikit sukar untuk menyesuaikan diri dalam era perkembangan teknologi yang berkembang pesat.

Akan tetapi, ini tidak menghalang Xiaomi untuk bersifat inovatif dan meletakkan nilai pada produknya.

Oleh itu, terdapat pelbagai cara untuk membuka Xiaomi Automatic Smart Door Lock, bersesuaian dengan pengguna dari pelbagai lapisan usia serta beberapa senario dalam kehidupan seharian.

‘Unlock’ pakai cap jari

Dengan teknologi ini, Xiaomi Automatic Smart Door Lock dapat mengesan beberapa maklumat pengguna seperti cap jari, kulit dan sebagainya untuk meningkatkan tahap keselamatan dan membuka pintu dengan lebih pantas.

Xiaomi Smart Door Lock

‘Unlock’ dengan memberikan kata laluan

Xiaomi Smart Door Lock turut menawarkan tiga jenis kata laluan (kata laluan sementara, kata laluan berkala dan kata laluan untuk jangka masa panjang) untuk memberikan perlindungan dan kemudahan yang optimum buat penghuni rumah. Kata-lata laluan ini dapat memenuhi keperluan tuan rumah mahupun tetamu dan pemberi servis.

Xiaomi Smart Door Lock

Menyokong fungsi ‘unlock’ dengan menggunakan NFC

Selain daripada cap jari dan kata laluan, Xiaomi Automatic Smart Door Lock dapat dibuka dengan menggunakan kad NFC (Near Field Communication). Kunci pintu akan terbuka secara serta apabila ia mengesan kehadiran kad ini.

Xiaomi Smart Door Lock

‘Unlock’ dengan akses Homekit

Tak ubah seperti pintu magik, korang sekarang boleh membuka pintu rumah dengan menggunakan suara sahaja. Korang boleh menggunakan aplikasi Home Apple atau kawalan suara Siri untuk membuka pintu rumah korang seperti di dalam filem sains fiksyen.

Xiaomi Smart Door Lock

Terdapat 5 bunyi amaran untuk menjamin keselamatan

Jika korang masih sangsi untuk menggunakan Xiaomi Automatic Smart Door Lock pada pintu rumah korang, ciri keselamatan yang ditawarkan ini akan membuatkan korang tak perlu berfikir panjang.

Secara umumnya, status kunci pintu ini akan dipantau berdasarkan waktu sebenar (real-time monitoring). Oleh itu, terdapat lima jenis bunyi penggera yang akan dimainkan apabila berlakunya situasi yang abnormal.

Antaranya, gagal untuk memasukkan cap jari/ kata laluan dan kad NFC yang tepat sebanyak lima kali, pintu rumah cuba dibuka secara paksa, pintu dibiarkan terbuka terlalu lama dan sebagainya.

Penggera juga akan berbunyi jika bateri mencapai paras sehingga kurang dari 10 peratus. Ini dapat membantu pengguna untuk sedar dan menukar bateri dengan kadar segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Bercakap mengenai bateri, bateri yang dipasang pada Xiaomi Automatic Smart Door Lock bukanlah jenis yang biasa-biasa. Bateri kunci pintu automatik ini memiliki jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 12 bulan penggunaannya dan turut memiliki bekalan tenaga kecemasan.

Xiaomi Smart Door Lock

Sekarang, tibalah masa kunci rumah korang untuk bertukar ke alaf baharu

Kita sudah menyaksikan pelbagai perubahan teknologi yang merevolusikan penciptaan perkakasan rumah pada hari ini.

Selari dengan peredaran masa, kunci pintu pintar yang bersifat automatik ini dilihat sebagai satu perkakas yang relevan dalam memudahkan urusan, selain memberikan perlindungan secara optimum.

Xiaomi Automatic Smart Door Lock merupakan kunci pintu yang beroperasi secara automatik, dapat dibuka dan ditutup dengan satu sentuhan sahaja.

Jika korang berminat untuk ‘upgrade’ kunci pintu rumah korang, korang boleh layari laman web rasmi Xiaomi untuk mengenali perkakas rumah futuristik ini dengan lebih mendalam. 

Kalau berminat untuk ‘mengangkat’ terus produk ini, korang boleh menekan link Shopee dan Lazada

Masih ragu-ragu? Jangan risau! Setiap pembelian Xiaomi Smart Door Lock ini didatangkan dengan jaminan selama dua tahun.

Produk ini juga boleh didapati Xiaomi Store berdekatan, jika anda lebih gemar untuk membelinya secara bersemuka. 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma