Siakap Keli
ikan goreng mertua
Kredit: Nur Darwisya Qasdina/Facebook

Guna Bahan ‘Rahsia’, Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Goreng Air Tangan Mertua

Guna Bahan ‘Rahsia’, Wanita Ini Kongsi Resipi Ikan Goreng Air Tangan Mertua

Hidangan ikan goreng merupakan pilihan ringkas yang boleh dimasak oleh para ibu yang mahukan sajian selain ayam. Sekiranya keliru tidak mempunyai idea, boleh sahaja ambil ikan dan goreng.

Hidangan ini bukan sahaja mudah, malah rasanya yang rangup dan sedap mampu membuka selera, lebih-lebih lagi jika disajikan bersama sambal kicap, sememangnya akan buat kita tambah nasi.

Pun begitu, apabila bercakap mengenai masakan, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan sajian. Pada asasnya, ikan goreng ini hanya dimasak dengan kunyit serta garam.

Namun berlainan pula dengan cara masakan Nur Darwisya Qasdina. Menurutnya, selepas dia mencuba resipi ibu mertuanya, itulah kali pertama dalam 35 tahun dia makan ikan goreng yang paling sedap.

Artikel SK kali ini, lebih kepada berkongsi resipi daripada Nur Darwisya dalam menghasilkan ikan goreng yang rangup dan sedap hingga menjilat jari.

Nur Darwisya berkata ibu mertuanya menggunakan beberapa bahan tambahan yang menambahkan rasa kelazatan dalam gorengan tersebut.

“Jangan kecam tau, walaupun ikan goreng rasa dia memang padu kalau buat macam ni,” katanya.

Resipi ikan goreng mertua

Ikuti resipi penuh di bawah ini untuk rasai sendiri kelainan ikan goreng tersebut.

Bahan-bahan:

  • Ikan
  • Asam Jawa
  • Garam
  • Serbuk Kunyit

Cara Penyediaan:

  • Lumurkan bahan-bahan tersebut pada ikan dengan rata.
  • Boleh pilih untuk perap atau teruskan menggoreng (mengikut keselesaan).
  • Toskan selepas masak
  • Siap untuk dihidang
Kredit: Nur Darwisya Qasdina/Facebook
Kredit: Nur Darwisya Qasdina/Facebook

Nur Darwisya berkata semasa gorengan, ikan akan bertukar warna hitam, minyak pun sama akan bertukar warna.

Namun tidak perlu risau kerana rasa ikan tersebut akan menjadi sedap. Kalau makan secara berseorangan kemungkinan nasi akan bertambah.

Ujarnya, walaupun hanya ikan goreng sahaja mesti yang akan menganggap ia hanyalah hidangan biasa namun baginya, resipi ibu mertua ini boleh membuka selera orang ramai.

Disebabkan itu, dia menggalakkan orang ramai untuk mencuba supaya tahu apa yang di gembar-gemburkan olehnya.

“Kena cuba, baru tahu kecoh atau tidak kecoh,” tambahnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Darwisya Qasdina/Facebook

BACA: Pasrah Melihat Ikan Koi Peliharaan Mati, Ayah Tenang Jadikan Ikan Goreng

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana