Siakap Keli
Gambar: FAM

Harimau Malaya Berpesta Gol, ‘Baham’ Papua New Guinea 10-0

Harimau Malaya Berpesta Gol, ‘Baham’ Papua New Guinea 10-0

KUALA TERENGGANU — Harimau Malaya berpesta gol selepas membaham Papua New Guinea dengan jumlah jaringan besar, 10-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dalam sepak mula Perlawanan Antarabangsa Tier 1 pada jam 9 malam tadi, skuad kendalian Kim Pan Gon bermula dengan agak perlahan.

Separuh pertama menyaksikan banyak peluang yang terhidang disia-siakan oleh pemain kebangsaan.

Meskipun lebih mendominasi perlawanan, namun gol pertama yang dicari-cari hadir menerusi sepakan penalti. Safawi Rasid mudah menyempurnakan untuk meletakkan Malaysia 1-0 pada minit ke-45+4 sebelum masuk ke bilik persalinan.

Pesta Gol Bermula

Gambar: FAM

Bagaimanapun, masuk separuh masa kedua jurulatih dari Korea Selatan itu membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi.

Kemasukan kedua-dua pemain sayap lincah ini nyata memberikan impak pantas. Hasilnya, sembilan gol berjaya dijaringkan oleh Harimau Malaya pada separuh masa kedua.

Pesta gol Malaysia bermula apabila Paulo Josue menggandakan kedudukan pada minit ke-52 sebelum Arif Aiman menjadikan kedudukan 3-0 lima minit kemudian.

Derita pelawat terus bertambah apabila ‘Siu Malaysia’ Faisal Halim menyumbat gol keempat perlawanan selang dua minit kemudian.

harimau malaya gol papua new guinea
Gambar: FAM

Arif Aiman sekali lagi menjaringkan gol kelima perlawanan dan gol kedua peribadinya dalam perlawanan tersebut.

Minit ke-64 Paulo Josue turut mengikuti jejak langkah Arif  Aiman apabila mencetak gol keenam perlawanan (gol kedua peribadi). Sebelum Josue melengkapkan hatriknya pada minit ke-70.

BACA JUGA: “Gol Itu Hadiah Untuk Dia,” Safawi Dedah Syifa Melvin Hamil Enam Bulan

Selain itu, Daniel Ting turut tersenarai sebagai penjaring gol kelapan pada minit ke-76.

Pemain sayap kanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu melengkapkan malam penuh gemilang skuad kebangsaan dengan dua gol pada minit ke-87 dan minit ke-89.

Ia sekaligus membuatkan pemain muda negara itu berjaya menjaringkan empat gol dalam perlawanan sebentar tadi.

Gambar: FAM

Kemenangan ini sedikit sebanyak menaikkan moral pemain-pemain kebangsaan menjelang kempen Piala Asia yang dijadualkan berlangsung pada awal tahun depan.

Sumber: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?