Siakap Keli
kapal selam sertai ekspedisi Titanic hilang
Kredit AFP, OceanGate

Kapal Selam Sertai Ekspedisi Titanic Hilang Di Pantai Timur Kanada

Kapal Selam Sertai Ekspedisi Titanic Hilang Di Pantai Timur Kanada

OTTAWA, 20 Jun (Bernama-Xinhua) — Sebuah kapal selam kecil yang membawa pelancong ke lokasi kapal karam Titanic dilaporkan hilang di pantai timur Kanada pada Ahad, lapor Xinhua.

Kapal selam itu dilaporkan hilang sekitar 370 kilometer dari pantai Newfoundland Kanada, menurut laporan media.

Jumlah anak kapal masih belum dapat dipastikan manakala operasi menyelamat telah digerakkan bagi mengesan kapal selam itu.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

Bangkai kapal Titanic berada dalam bidang kuasa armada Boston Pengawal Pantai Amerika Syarikat, meskipun ekspedisi itu bermula dari Kanada.

Ekspedisi itu dijalankan oleh OceanGate Expeditions, sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Kapal selam yang digelar Titan melakukan ekspedisi ke lokasi bangkai Titanic yang terletak pada kedalaman 3,800 meter.

Laman sesawang OceanGate sebelum ini menyiarkan iklan pelayaran tujuh malam ke Titanic dengan harga US$250,000 bagi setiap seorang, dengan wang itu akan digunakan untuk penyelidikan Titanic, lapor media tempatan.

Sumber: BERNAMA-XINHUA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka