Siakap Keli
kim pan gon durian black thorn
Gambar: TikTok @zezaliy

Tak Kekok, Kim Pan Gon Teruja Santap Durian “Black Thorn” 

Tak Kekok, Kim Pan Gon Teruja Santap Durian “Black Thorn” 

Seperti yang diketahui bulan Jun ini merupakan musim durian di Malaysia. Sudah tentu orang ramai tidak melepaskan peluang untuk merasai keenakan ‘Raja Buah’ itu.

Bagi penggemar durian, pastinya sanggup berhabis duit demi membeli buah ini. Apatah lagi, setiap durian mempunyai pelbagai jenis antaranya, durian kampung, Musang King dan Black Thorn yang seringkali menjadi kegilaan orang ramai.

Walaupun dari segi luarannya mempunyai duri yang tajam, namun isi di bahagian dalam sangat manis dan mengeluarkan bau yang boleh menusuk hingga ke kalbu.

Baru baru ini, tular kelibat jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sempat merasai durian jenis Black Thorn atau Duri Hitam selepas sesi latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zezaliy sempat berkongsi momen jurulatih dari Korea Selatan itu mencuba buah tempatan.

Coach Kim Pan Gon makan durian lepas last training menjelang pertemuan Papua New Guinea.. Coaching staff lain pon sama menikmati,” tulisnya di TikTok.

Kim Pan Gon Makan Durian

Dalam video berdurasi satu minit 12 saat itu, seorang lelaki memegang sebiji durian dan lengkap memakai sarung tangan.

“Ini adalah Durian Duri Hitam dan ini istimewa untuk anda pada hari ini,” kata lelaki berkenaan sambil mengopek buah.

Tambahnya, dia turut menjelaskan bahawa buah itu merupakan durian paling mahal di Malaysia.

BACA JUGA: “Tambah Dalam Senarai Puskas”, Media Antarabangsa ‘Terpukau’ Dengan Gol Safawi

Sementara itu, riak wajah yang dipancarkan oleh jurulatih dari Korea itu kelihatan gembira. Lebih-lebih lagi buah berkenaan tampak ‘elok’ dan isinya berwarna kuning pekat.

Dalam video itu dia juga baik hati kerana sempat berkongsikan detik-detik itu dengan memanggil barisan kejurulatihan lain untuk merasai buah durian itu.

Rata-rata mereka kelihatan gembira merasai buah berkenaan. Dalam masa yang sama pemilik video berkenaan sempat bergambar dengan Pan Gon sebelum beredar.

Untuk makluman, Harimau Malaya dijadualkan turun menentang Papua New Guinea di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini pada jam 9 malam nanti.

@zezaliy

Coach Kim Pan Gon makan durian lepas last training menjelang pertemuan Papua New Guinea.. Coaching staff lain pon sama menikmati.. #kimpangon #harimaumalaya #durihitam #durian #blackthorn #fyp @Harimau Malaya Official

♬ original sound – Zezaliy Salleh – Zezaliy Salleh

Sumber: TikTok @zezaliy

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?