Siakap Keli
tetamu majlis pengebumian dapat hadiah
Kredit Sanook

Tetamu Bertuah Majlis Pengebumian Dapat Hadiah Lembu, Beras Untuk Dibawa Pulang

Tetamu Bertuah Majlis Pengebumian Dapat Hadiah Lembu, Beras Untuk Dibawa Pulang

Majlis Pengebumian seorang wanita berusia 92 tahun di wilayah Buriram telah menarik perhatian orang ramai gara-gara hadiah yang ditawarkan kepada tetamu yang bertuah dalam majlis tersebut.

Memetik the Thaiger, hadiah yang juga sedekah disediakan ahli keluarga mendiang tersebut berupa 1.5 tan beras dan lima ekor lembu.

Jumlah sedekah secara keseluruhannya dipercayai bernilai 200,000 baht (RM26,700) dan akan diberikan kepada penduduk kampung yang memerlukan.

Upacara pengebumian itu telah dilangsungkan di kuil Wat Pa Non-Somboon.

Ramai penduduk kampung yang menghadiri pengebumian untuk memberi penghormatan dan mengambil bahagian dalam berdoa kepada si mati.

Mereka juga dikatakan mencuba nasib untuk memenangi lembu yang ditawarkan.

Selain lembu, tetamu yang hadir upacara itu juga akan menerima kira-kira dua kilogram beras sebagai hadiah.

Empat ekor lembu diberikan kepada warga miskin dan seekor lagi kepada inividu yang bertuah

Menurut laporan Sanook, tuan rumah telah membahagikan lembu kepada dua kumpulan. Kumpulan yang pertama sebanyak empat ekor akan diberikan kepada individu miskin yang terpilih.

Bagi seekor lagi lembu, ia akan diberikan kepada tetamu yang bertuah berdasarkan nombor yang dilekatkan pada beg beras yang diberikan.

Jakkrit Chongchaingam,57, anak bongsu daripada tujuh anak si mati berkata bahawa ibunya sentiasa mengajar prinsip “lebih banyak anda memberi, lebih banyak anda menerima.”

Beliau menekankan kepentingan beramal kepada golongan kurang bernasib baik, yang menyebabkan semua adik-beradik memegang jawatan berjaya dalam kerjaya mereka.

Ketika ibunya meninggal, Jakkrit dan empat adik-beradiknya yang lain memutuskan untuk menganjurkan pengebumian tidak konvensional dengan memberikan beras dan lembu sebagai sedekah untuk menghormati ajaran ibu mereka.

Pemberian lembu adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih baik buat individu yang layak. Ia juga memastikan nama ibu mereka akan diingati oleh tetamu yang hadir.

Salah seorang penerima bertuah seekor lembu, Srinuan berusia 50 tahun gembira dengan hadiah yang diterimanya.

Menurutnya, dia hanya memiliki seekor lembu di rumah dan kehadiran lembu yang baru diterimanya itu akan menjadi peneman yang baik buatnya.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Malah dia juga berjanji akan menjaga lembu itu seumur hidupnya dan tidak sesekali akan menjualnya dalam apa jua keadaan sekalipun.

Tambahnya, dia telah menghadiri pengebumian itu selama tiga malam dan berdoa kepada si mati agar lembu itu akan menjadi miliknya.

Akhirnya, berkat doanya tercapai dan dia sangat bersyukur untuk hadiah yang diterimanya itu.

Sumber: The Thaiger

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.