Burung ‘Terapung’ Di Udara Cetus Spekulasi Warga Maya
Satu rakaman menunjukkan seekor burung tiba-tiba berhenti terbang mengundang pelbagai spekulasi daripada pengguna media sosial yang mendakwa ia adalah kejadian luar biasa yang tidak dapat dijelaskan secara logik, lapor MSN.
Klip tersebut telah menjadi tular di media sosial, memaparkan burung itu kelihatan terapung tidak bergerak ketika berada di udara.
Pengguna media sosial yang memuat naik video di TikTok @bluefrenchhorn26 berkata klip pelik itu dirakam oleh teman lelaki anak perempuannya berhampiran Vancouver, Kanada.
“Seseorang tolong beritahu saya apa yang dirakam oleh teman lelaki anak saya ketika dia dalam perjalanan ke latihan penyelamat?” katanya.


Menerusi video tersebut, burung itu berhenti tidak tinggi dari tanah dan ia membuatkannya semakin jelas terjadi susulan ramai yang menyaksikan kejadian pelik berkenaan.
Orang ramai yang lalu lalang turut mengambil peluang untuk berhenti melihat perkara ganjil itu sambil merakam situasi tersebut.
Mereka terkejut melihat situasi yang tidak pernah berlaku di kawasan itu dan merakam pemandangan aneh tersebut sebelum ia hilang.
Burung itu terlihat seakan-akan terapung di udara tanpa bantuan daripada burung yang lain memandangkan hanya seekor sahaja yang berada di situ.
Ia terhenti berhampiran wayar elektrik dan terapung di langit serta tidak menunjukkan sebarang pergerakan ketika ramai yang merakamnya.
Biarpun ramai yang melihat burung itu terapung namun tiada di antara mereka yang melakukan perkara seperti membaling batu untuk mengesahkan keadaan pelik itu.
Sejak disiarkan di TikTok pada Februari, klip itu telah ditonton sebanyak empat juta kali dan tular semula di Twitter dengan jumlah tontonan mencecah 39.2 juta setakat artikel ini ditulis.
Pengguna Twitter @DailyLoud memuat naik mendakwa terdapat gangguan dalam matriks berkaitan dengan burung terapung itu.
“Orang ramai yakin terdapat ‘gangguan dalam matriks’ selepas burung dikesan tidak bergerak di langit,” tulis kapsyen itu.
BACA: Pesawat Terhenti Di Udara Seakan Ada Lampu Merah Di Langit Cetus Spekulasi Netizen
Reaksi warga maya
Rata-rata di antara mereka mendakwa situasi itu merupakan kejadian yang tidak boleh diterangkan dengan logik.
Mereka turut mengatakan ia adalah situasi luar biasa yang pernah dilihat sepanjang hidup.

Warga maya meninggalkan komen menghuraikan ia adalah ‘glitch in the matrix‘ di mana sesetengah pihak tidak dapat menerangkan situasi sebenar.
Namun, mereka turut mendakwa bahawa burung tersebut juga tersepit pada tali memancing yang diletakkan pada pokok tersebut.
Pun begitu, kejadian itu masih belum dapat dijelaskan sebab ia terjadi.
People are convinced there’s a “glitch in the matrix” after bird is spotted not moving in sky 😳 pic.twitter.com/MYi5TTMIqA
— Daily Loud (@DailyLoud) June 19, 2023
Sumber: Uniland, @bluefrenchhorn26/TikTok, MSN