Siakap Keli
Taylor Swift Singapura
Kredit AFP, Twitter

Singapura Satu-satunya Wakil Dari Asia Tenggara, Terpilih Adakan Konsert Jelajah Taylor Swift 

Singapura Satu-satunya Wakil Dari Asia Tenggara, Terpilih Adakan Konsert Jelajah Taylor Swift 

Taylor Swift dilaporkan telah memilih Singapura sebagai satu-satunya negara Asia Tenggara sebagai lokasi konsert jelajahnya pada Mac 2024 depan.

Memetik CNA, konsert yang dinamakan sebagai Eras Tour itu akan diadakan selama tiga hari di Stadium Nasional Singapura.

Selain itu, pengumuman tersebut turut dibuat sendiri oleh Taylor Swift menerusi ciapannya di Twitter miliknya pada hari ini.

Konsert yang akan berlangsung pada 2,3 dan 4 Mac itu dijangka bakal dihadiri lebih daripada 200,000 peminat di rantau ini.

Tiket mula dijual pada 23 Jun

Pendaftaran peminat untuk jualan tiket am akan bermula dari 23 Jun pada jam 12 tengah hari waktu Singapura hingga 28 Jun, 12 tengah hari.

Prajualan ahli kad UOB akan bermula dari 5 Julai pada 12 tengah hari hingga 7 Julai pada 9 pagi. Pembukaan jualan am pula dijadualkan pada 7 Julai bermula 12 tengah hari menerusi atas talian, talian hotline dan cawangan SingPost.

Sementara itu, Menteri Komuniti, Kebudayaan dan Belia, Edwin Tong berkata bahawa konsert Taylor Swift itu adalah salah satu acara yang disasarkan oleh Kallang Alive Sport Management (KASM). Ia sebagai langkah tarikan buat rakyat Singapura dan pelancong yang hadir.

Taylor Swift adalah penyanyi antarabangsa terbaru yang mengumumkan konsert di Singapura selepas Coldplay.

BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu

Terdahulu, kumpulan muzik terkenal antarabangsa, Coldplay mengumumkan tarikh konsert jelajah “Music of the Spheres” yang akan dibuat di Malaysia jatuh pada 22 November ini.

Pengumuman tersebut dimuat naik melalui akaun Instagram Live Nation Malaysia sebentar tadi.

Melalui perkongsian tersebut, konsert tersebut bakal diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tiket konsert tersebut dilaporkan akan mula dijual pada 16 Mei bermula dari 10 pagi hingga 11:59 malam untuk pemegang kad CIMB Bank.

Manakala bagi jualan tiket rasmi pula dilaporkan akan dibuka pada 17 Mei dari 10 pagi sehingga tiket habis dijual.

Untuk makluman, konsert Coldplay yang bakal diadakan di Malaysia ini adalah pertama kali.

Pengumuman tersebut sekali gus menggembirakan peminat di Malaysia yang sudah lama menantikan persembahan band kesayangan mereka itu.

Sumber: CNA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.