Siakap Keli
pelajar darjah 6
Gambar: BERNAMA/Cikgu Fadli

Hilang Minat Belajar, Cikgu Dedah Ada Budak Darjah 6 Siap Upah Kawan Siapkan Kerja Sekolah

Hilang Minat Belajar, Cikgu Dedah Ada Budak Darjah 6 Siap Upah Kawan Siapkan Kerja Sekolah

Sebelum ini, pada 28 April 2021, kerajaan mengumumkan bahawa UPSR dimansuhkan sepenuhnya dan tidak akan dikembalikan lagi.

Sejak pemansuhan peperiksaan berpusat tersebut, motivasi segelintir murid Darjah Enam untuk berlajar dikesan mula menurun.

Perkara berkenaan dikongsikan menerusi sebuah hantaran seorang guru, Mohd. Fadli Mohamed Salleh yang aktif berkongsi berkenaan dunia pendidikan menerusi Facebooknya.

Katanya lagi, situasi tersebut disedari oleh rakan-rakan pendidik yang kemudian berkongsi dengan beliau baru-baru ini.

“Li. Teruk wei merudum motivasi murid tahun 6. Tak macam dulu.”

Kekurangan motivasi cetus rasa hilang minat untuk belajar

Masalah kekurangan motivasi ini juga menyebabkan sebilangan pelajar menjadi semakin culas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan kepada mereka.

Lebih dahsyat, ada segelintir murid-murid ini sanggup mengupah rakan sekelas untuk menyiapkan tugasan tersebut.

“Bagi kerja tak pernah nak buat. Jenis pailang, ada duit, suruh kawan salinkan kerja dia. Bagi upah atau ugut.”

Rakan Cikgu Fadli turut memberitahu bahawa murid-murid ini semakin liat untuk menghadiri kelas tambahan dan tidak hadir ke sekolah jika dimarahi guru.

“Beza jauh wei banding dulu zaman ada UPSR. Mereka ni memang tak nampak apa hala tuju mereka. Tak tau apa nak jadi dengan generasi ni,” ujar rakan lama Cikgu Fadli kepada dirinya.

Difahamkan, Cikgu Fadli bersama rakan-rakannya seringkali menganjurkan program-program untuk para pelajar di banyak kawasan. Mereka juga turut mengambil berat mengenai kebajikan pelajar, terutamanya mereka yang hadir daripada keluarga kurang berkemampuan.

Kerja-kerja amal tersebut sudah dilaksanakan sejak sekian lama dan banyak sudah usaha yang dibuat untuk kebaikan para pelajar selama ini.

Antaranya mengadakan kelas tambahan dan memastikan murid-murid tidak tercicir daripada pendidikan formal.

Beliau kemudian berkongsi respon rakannya yang kembali menjaga pelajar Darjah Enam pada tahun ini. Rakannya sebelum ini difahamkan pernah bertanggungjawab menjaga pelajar-pelajar Darjah Enam.

Rakan Cikgu Fadli memberitahu terdapat perbezaan ketara antara pelajar Darjah Enam yang dijaganya sebelum ini dengan pelajar Darjah Enam selepas UPSR dimansuhkan.

“Tahun ni dia tepuk dahi. Beza besar. Sangat besar,” kata Cikgu Fadli lagi.

Dalam pada masa yang sama, Cikgu Fadli juga menyuarakan kekesalannya dengan pihak yang bertanggungjawab menguruskan sistem pendidikan negara.

“Entah siapa yang kacau dan buat perubahan tanpa teliti dengan cermat hingga sistem pendidikan kita hingga habis jadi makin caca marba sebegini rupa. Entahlah,” katanya.

BACA: Tiga Rakyat Malaysia Terima Anugerah ‘Order Of Australia’ 2023

Sumber: Mohd Fadli Salleh via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma