Siakap Keli
lapor jalan rosak waze selangor
Kredit: TikTok

MB Dedah Pengguna Boleh Lapor Jalan Rosak Di Selangor Guna Waze, Ini Caranya

MB Dedah Pengguna Boleh Lapor Jalan Rosak Di Selangor Guna Waze, Ini Caranya

Rakyat Selangor sebenarnya boleh melaporkan kes jalan rosak di negeri ini menerusi salah satu aplikasi navigasi popular di Malaysia iaitu, Waze.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri oleh Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari menerusi satu sesi siaran langsung di laman TikTok.

Difahamkan, siaran langsung berkenaan bertujuan untuk menjawab persoalan masyarakat, khususnya penduduk Selangor berkenaan negeri terbabit.

Intipati daripada sesi siaran langsung, sebahagiannya telah dirakam dan dimuat naik menerusi laman TikTok Selangor TV (@selangortv).

Pada awal kilp tersebut, Amirudin memaklumkan bahawa setiap tahun Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan kira-kira RM400-500 juta kepada Selangor untuk membaikpulih jalan-jalan di dalam negeri tersebut.

Bajet yang dikenali sebagai bajet MARRIS ini adalah untuk penyelenggaraan jalan, longkang dan aksesori jalan seperti lampu isyarat, lampu jalan dan sebagainya.

Menariknya, beliau turut berkongsi bahawa kerajaan negeri telah pun menjalinkan satu kerjasama dengan Waze sejak 2016.

Waze adalah sebuah aplikasi navigasi yang digunakan oleh kebanyakan pengguna jalan raya untuk pergi ke destinasi yang ingin dituju.

Menerusi kerjasama itu, rakyat Selangor boleh mengemaskini mengenai kerosakan jalan di negeri itu sebagai panduan kepada pengguna lain. Mereka juga boleh membuat laporan kerosakan kepada PBT yang bertanggungjawab menguruskan jalan berkenaan.

“Menerusi kerjasama ini, sekitar empat hingga lima ribu laporan kerosakan jalan diterima daripada pihak Waze secara terus.

“Dalam pada masa yang sama, 80 peratus daripada aduan itu telah ditangani dengan tampalan di kawasan-kawasan terbabit. Penampalan itu dibuat dengan pelantikan PBT atau JKR dan sebagainya,” katanya.

@selangortv

Kenapa jalan di Selangor asyik rosak. #SembangMalamSTV #sembangmalam #MediaSelangor #KitaSelangor #5tahunamirudinshari

♬ original sound – SelangorTV – SelangorTV

Cara membuat aduan jalan rosak dengan menggunakan aplikasi Waze

Menurut hantaran Facebook Media Selangor, warga Selangor boleh membuat laporan jalan rosak melibatkan jalan yang diselenggara oleh pihak PBT di seluruh negeri ini.

Bermula tahun ini, semua PBT sudah pun menyertai program Waze CCP bersama Smart Selangor itu. Anda boleh memaklumkan kerosakan jalan dengan beberapa langkah mudah iaitu:

1. Buka Waze, pilih yang bulatan yang berwarna jingga di bahagian kanan skrin.
2. Pilih pilihan Hazard
3. Kemudian, tekan pilihan On road
4. Terdapat pelbagai pilihan, jika ingin membuat aduan mengenai jalan yang berlubang, pilih Pothole.

Setelah menghantar laporan, pihak PBT akan mendapat laporan tersebut dan mengesahkannya. Jika terdapat lebih daripada satu laporan di tempat sama, ketepatan laporan kes berkenaan menjadi lebih signifikan.

Melalui i-RS di Smart Selangor, pihak bertanggungjawab akan memantau semua laporan dan gerak kerja PBT dari awal sampai habis di pusat arahan.

Pihak berkenaan telah menetapkan agar supaya laporan diselesaikan dalam tempoh lima hari. Walau bagaimanapun, PBT terpaksa menolak sekiranya kerosakan jalan yang dilaporkan bukan jalan yang berada dibawah tanggungjawabnya.

Namun secara amnya, gerak kerja PBT lebih efisyen dengan pengimplemetasian sistem i-RS ini.

Selain Waze, rakyat Selangor boleh lapor kes jalan rosak menerusi tanda pagar INFRASEL

Selain Waze, Amirudin turut memaklumkan bahawa pengguna juga boleh membuat aduan kerosakan jalan menerusi tanda pagar di Twitter.

Pengguna hanya perlu membuat satu ciapan yang menggunakan tanda pagar #infrasel bagi memastikan pihak berkuasa maklum dengan aduan terbabit.

Dalam ciapan tersebut, pengguna perlu menampilkan beberapa maklumat seperti gambar dan beberapa tanda pagar lain seperti, #(nama daerah) dan #(nama jalan).

BACA: Masa Semakin Suntuk, Kanak-kanak Perlukan Bantuan RM 400k Untuk Transplan Tulang Sumsum

Sumber: SelangorTV via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma