Siakap Keli
lindung ibu guna "mortar board"

Kasih Seorang Anak, Tular Lelaki Lindung Ibu Dari Terik Panas Guna “Mortar Board”

Kasih Seorang Anak, Tular Lelaki Lindung Ibu Dari Terik Panas Guna “Mortar Board”

Ibu dan ayah adalah harta paling berharga dunia ini. Mereka adalah insan yang paling mulia kerana sanggup berkorban demi membahagiakan anak-anaknya.

Selagi mereka ada, gunakan semua peluang yang ada untuk memuliakan kedua-dua orang tua kita.

Merekalah insan-insan hebat yang menjadi tulang belakang dari kita kecil sehinggalah dewasa supaya kita dapat mengapai sebuah kejayaan.

Dalam masa sama, anak-anak perlulah menghargai segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan oleh mereka.

Oleh itu, utamakan mereka apabila kita berjaya di suatu saat nanti.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai situasi manis yang dikongsikan oleh @rahmahnijar di TikTok. Menerusi video itu, wanita terbabit telah merakam detik-detik ketika majlis konvokesyen adik lelakinya.

Apa yang membuatkannya menjadi tular adalah bila adiknya melindungi ibunya dari panas terik matahari menggunakan mortar board.

BACA JUGA : Tahu “Survival Skill” Di Hutan, Empat Beradik Makan Akar & Tumbuhan Untuk Teruskan Hidup

Lindung Ibu Guna “Mortar Board”

Tindakan adiknya yang mengutamakan ibunya itu membuatkan ramai yang teruja dan terharu.

Dalam rakaman video itu, terlihat ibunya duduk  di hadapan adik lelakinya. Selepas itu, apabila melihat ibunya terkena matahari dia terus membuka membuka mortar board untuk menutup kepala ibunya.

Walaupun berdiri lama dan kepanasan, dia tetap berusaha memberi keselesaan kepada ‘permaisurinya’.

BACA JUGA:Pintu Pesawat Terbuka Ketika Penerbangan, Juruterbang Terpaksa Lakukan Pendaratan Kecemasan

@rahmanijar

Luvv bangettt sama adek aku🤍🤍 @Aidil Fitrah #fypシ #kasihsayangibu #kasihsayanganak #kasihsayangorangtua #perpisahansekolah

♬ Bertaut – Nadin Amizah

Ramai Netizen Yang Puji Kebaikan Anak Lelaki itu

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 10.2 juta tontonan dan 1.2 juta tanda suka.

Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji kelakuan baik yang ditonjolkan oleh anak lelaki itu kepada ibunya. Malah ramai yang berpendapat lelaki itu adalah orang yang romantik.

Dalam video yang lain, lelaki itu juga dilihat bersalaman dan memeluk ibunya erat ketika majlis konvokesyen tersebut berlangsung.

BACA JUGA: Salah Satu Pulau Terpadat Di Dunia, Kenali Pulau Bungin

Sumber: Rahmanijar

Ezzatul Syafiqah