Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Api Marak Menjulang, Viral Bangunan Apartment Di UAE Terbakar

Nur Syahirah Zainoor Hisham
bangunan tinggi uae kebakaran besar
Kredit: BNO News

Api Marak Menjulang, Viral Bangunan Apartment Di UAE Terbakar

Beberapa video tular menunjukkan keadaan sebuah bangunan yang menempatkan kawasan kediaman di Emeriah Arab Bersatu (UAE) sedang dijilat api.

Kejadian kebakaran itu dipercayai berlaku pada malam Isnin (waktu tempatan).

Dalam klip video berkenaan, terdapat beberapa petugas bomba dilihat sedang cuba untuk memadamkan api yang membakar bangunan tinggi itu.

Difahamkan, kebakaran tersebut bermula di kompleks Ajman, yang menempatkan 12 buah menara serta 3,000 buah unit apartmen.

Sebelum ini, insiden sebegitu pernah berlaku di Ajman pada 2016. Kebakaran yang berlaku ketika itu turut merebak kepada beberapa buah bangunan yang lain.

Menurut BBC, penghuni kediamana di situ segera diselamatkan di bawa ke tempat perlindungan. Walaubagaimanapun, beberapa mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas mengalami masalah pernafasan dan cedera ringan.

Berita lanjut bakal menyusul

BACA: Jika Lampu Minyak Mula Berkelip, Berapa KM Lagi Kereta Boleh Jalan? Ini Jawapannya

Sumber: BNO News via Twitter, The Namal