Influencer Dedah Upah ‘Internship’ Di Amerika 10 Tahun Lepas, Elaun USD 2,240 Sebulan
Menjalani latihan industri (LI) atau ‘internship’ merupakan satu perkara yang diwajibkan bagi para pelajar di peringkat pengajian tinggi untuk menamatkan pengajian.
Matlamat utama program LI ini dalah untuk memberikan pendedahan kepada para graduan terhadap budaya kerja sebenar di alam pekerjaan.
Dalam tempoh ini, kita dapat menyesuaikan diri dan mempraktikkan apa yang dipelajari di kelas dalam situasi sebenar.
Disebabkan LI merupakan sebahagian dari rangka kursus pengajian yang digarap oleh pihak universiti, ada beberapa perbezaan yang biasa berlaku. Misalnya upah yang diterima pelajar LI adalah berbeza berbanding diterima pekerja tetap, walaupun jumlah jam kerja yang dilalui setiap hari adalah sama.
Biasanya, mereka tidak diberikan gaji, sebaliknya disediakan elaun oleh majikan sepanjang menjalani LI di sesebuah syarikat.
Dalam pada itu, seorang pempengaruh terkenal, Kevin Zahri berkongsi pengalamannya menjalani LI di Amerika Syarikat pada awal tahun 2000.
Boleh tahan lumayan elaun “internship” yang ditawarkan di Amerika
Difahamkan, Kevin Zahri merupakan pelajar tajaan Proton ketika itu dan melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di US sekitar 1997-2002.
Pada 1999, beliau telah menjalankan latihan industri di Barry Controls dan menerima elaun sebanyak $10.5 (RM48.96) per jam atau $1680 (RM7,833) sebulan.
Tahun berikutnya pula, Kevin telah menjalankan latihan industrinya di Simon Nitenol dan mendapat elaun sebanyak $12.75 (RM59.45) per jam atau $2040 (RM9,512) sebulan.
Manakala, pada tahun 2001, beliau meneruskan LI di Boston Utility dan menerima elaun $14 (RM65.28) per jam or $2240 (RM10,445).
Mengambil kira peredaran masa, elaun yang dinikmati pelajar LI ketika ini disana mungkin lebih tinggi.
“Sudah semestinya, ada tolak bayaran cukai, keselamatan sosial (mungkin dalam 15-20 peratus) dan sebagainya. Akan tetapi, sebagai sebagai pelajar ketika itu memang rasa mewah.” katanya Kevin.
Walaupun elaun agak lumayan, beliau mengingatkan internship disana sebagai pelajar adalah kompetitif. Para pelajar perlu menghadiri sesi temuduga untuk menerima tawaran.
Menariknya, para pelajar boleh berunding dengan pihak syarikat mengenai bayaran elaun yang bakal diterima setiap bulan, tidak ubah seperti temuduga kerja.
Oleh sebab itu, tidak semua pelajar yang menjalani program latihan industri akan diberikan bayaran yang sama dengan pelajar lain.
“Secara keseluruhan, saya menghabiskan masa selama 18 bulan untuk latihan industri sepanjang melengkapkan pengajian Ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan mekanikal,”
“Kebanyakan pelajar mengambil peluang internship untuk mendapat pekerjaan tetap selepas bergraduasi kerana pihak majikan sudah mengenalinya,”
BACA: Jika Lampu Minyak Mula Berkelip, Berapa KM Lagi Kereta Boleh Jalan? Ini Jawapannya
Sumber: Kevin Zahri via Facebook