Siakap Keli
trik plastik air
Kredit: jason_jezi/Facebook

Putar Bentuk Nombor 8, Ini Trik Air Tidak Tumpah Dalam Plastik

Putar Bentuk Nombor 8, Ini Trik Air Tidak Tumpah Dalam Plastik

Perasan tak, kalau beli makanan di luar tidak kisah sama ada di restoran makanan segera atau kedai makan tomyam atau kedai lain-lain, minuman bercawan yang diletakkan dalam plastik mesti akan tumpah kerana tidak stabil?

Sesetengah orang mengatakan ia terjatuh disebabkan oleh tarikan graviti yang berlaku apabila pemegang plastik itu ditarik ke atas.

Tapi sebenarnya betul ke? Ataupun ia tidak memerlukan kajian daripada sains pun untuk mengetahui masalah tersebut?

Kalau difikir balik, air minuman bercawan itu terjatuh kerana plastik itu tidak mempunyai permukaan rata yang mampu menampung berat cawan itu.

Sekiranya diletakkan secawan, kemungkinan ia akan stabil dan terletak elok walaupun plastik itu dipegang.

Kalau plastik itu diletakkan dua cawan, ia akan jatuh serta tumpah dan membuatkan ramai yang kecewa, lebih-lebih lagi jika sedang kehausan.

Trik supaya dua cawan air stabil dengan menggunakan plastik

Akan tetapi, tidak perlu risau sebenarnya, ada trik untuk tidak bagi cawan itu jatuh walaupun dua cawan air diletakkan dalam satu plastik.

Menerusi video yang dimuat naik oleh jason_jezi di Facebook, dia menunjukkan trik ringkas yang boleh dilakukan dalam beberapa saat supaya air tidak tumpah.

Ujarnya, untuk memastikan air tidak tumpah, plastik tersebut hanya perlu diputar menjadi nombor lapan.

BACA: Ramai Tak Tahu, Ini Sebab Utama Tak Boleh Letak Air Panas Dalam Peti Sejuk

Putar plastik jadi nombor 8

Begini caranya, pada mulanya letakkan secawan air di plastik tersebut, kemudian putar plastik itu dari atas ke bawah,

Selepas itu, ambil cawan kedua letakkan di sebelah cawan pertama itu dan tarik plastik itu ke atas.

Setelah itu, air tersebut sedia untuk dibawa pulang dalam keadaan selamat.

jason_jezi/Facebook

Bahagian tengah plastik tersebut akan mempunyai sedikit belitan dan itu yang memisahkan cawan pertama dan kedua.

Belitan itu membuatkan cawan itu berada dalam keadaan stabil walaupun ketika dipegang kedudukan cawan itu menjadi sedikit senget.

Tidak perlu risau, kerana trik tersebut mampu untuk menstabilkan dan meletakkan cawan dalam kedudukan yang selamat.

Trik itu hanya diguna pakai sekiranya anda mempunyai dua cawan air dan mahukan kestabilan ketika membawa air dalam plastik.

Kalau air itu diisi dalam bekas plastik, tidak perlulah untuk mencuba trik ini, kerana memang tidak akan jadi.

Lihat video penuh di sini, semoga bermanfaat.

Sumber: jason_jezi/Facebook

BACA: Kalau Solat Tapi Masih Ada Air Liur Basi, Sah Ke?

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana