Siakap Keli
Lah Ada 'Shortcut' Rupanya, Operator Tunjuk Cara Turun Dari Kren
Kredit: Twitter

Siap Tutup Langsir, Lelaki Tunjuk Cara ‘Habis Kerja’, Turun Dari Kawalan Kren

Siap Tutup Langsir, Lelaki Tunjuk Cara ‘Habis Kerja’, Turun Dari Kawalan Kren

Kren merupakan sebuah alat yang digunakan untuk mengangkat, memunggah, memindahkan barang-barang berat. Biasanya, kren digunakan di pelabuhan dan tapak pembinaan.

Di pelabuhan, kren digunakan untuk mengangkat dan memindahkan kontena-kontena yang beratnya melebihi 30.5 tan (30,480 kg). Peralatan ini digunakan sama ada untuk memindahkan kontena ke tempat lain, meletakkan kontena ke belakang lori dan sebaliknya.

Manakala, di tapak pembinaan pula, kren ini digunakan untuk membantu para buruh untuk menyiapkan bangunan-bangunan yang tinggi.

Seperti yang kita maklum, tempat pengendalian peralatan ini terletak pada bahagian atas, yang mana memerlukan operator untuk menaiki tangga yang terdapat pada tiangnya.

Bila habis kerja, ini cara turun dari kren

Dengan ketinggian purata melebihi 100 meter, sudah pasti ia akan memberikan rasa senak terhadap sesiapa yang ingin menaikinya.

Hanya operator kren yang bertauliah sahaja dibenarkan untuk mengendali mesin kren dapada bilik pengendali yang berada pada bahagian atas.

Menerusi ciapan Jalai Misai (@jllmisai), pengguna Twitter telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan rutin seharian seorang operator kren. 

Lelaki telah menunjukkan bagaimana dirinya pulang dari kerja, selepas menghabiskan masanya di dalam peralatan itu selama seharian.

Pada awalnya, rutin harian operator ketika pulang dari tugasannya kelihatan mirip dan ‘relatable’ bagi orang biasa.

Selepas tamat berkerja, operator terbabit telah menunjukkan rutin seharian ketika mahu pulang ke rumah.

Dalam video yang berdurasi satu minit 20 saat, lelaki berkenaan kelihatan sedang bersiap sedia untuk meninggalkan bilik kawalan.

Perkara yang dilakukannya mirip dengan pekerja-pekerja di darat, seperti menutup tirai, menutup sambungan walkie talkie, menutup suis serta mematikan penghawa dingin.

operator kren shortcut turun
Kredit : Twitter

Selepas menyakini bahawa dirinya sudah meninggalkan bilik kawalan kren dalam keadaan yang baik, operator berkenaan pergi menuju ke pintu bilik kawalan dan keluar.

Keluar sahaja dari bilik kawalan, terus kecut perut

Permandangan dari atas sememangnya cantik tetapi keadaan ini boleh dikatakan agak tidak mesra bagi sesiapa yang gayat atau memiliki fobia terhadap ketinggian.

operator kren shortcut turun
Kredit: Twitter

Dengan bantuan tangga pada tiang kren, operator tersebut telah menuruni kren tersebut secara perlahan-lahan.

Jika dilihat dari ketinggian, nampaknya perjalanan operator ini untuk menjejak tanah agak lama dan bakal membuatkan tangannya lenguh akibat berpaut pada anak tangga.

Keadaan lenguh ini boleh membahayakan keselamatan lelaki ini ketika menuruni kren berkenaan kerana dikhuatiri tangan bakal terlepas dari tangga.

Namun, mereka sudah berfikir lebih jauh berbanding kita terlebih dahulu. Rupanya, terdapat sebuah jambatan yang menghubungkan antara tren dan bangunan berdekatan.

Dengan kewujudan ‘shortcut’ ini, operator kren ini sudah tidak berpaut pada anak tangga pada masa yang agak lama dan lebih selamat.

operator kren shortcut turun
Kredit: Twitter

BACA: Baru Tahu, Rupanya Ini Beza Diesel Hos Biru Dengan Hos Hitam

Sumber: Jalai Misai via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma