Siakap Keli
hantaran beban perkahwinan
Kredit: @pakngah_gold/TikTok

“Hantaran Bukan Beban Perkahwinan…”

“Hantaran Bukan Beban Perkahwinan…”

Isu mengenai wang hantaran merupakan satu topik yang pelbagai kerana ia tidak mempunyai syarat tertentu yang ditetapkan dalam Islam.

Apa yang perlu diketahui ialah wang hantaran merupakan hadiah berupa wang tunai daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan yang dipersetujui oleh dua pihak keluarga.

Manakala, mas kahwin (mahar) pula merupakan satu pemberian wajib diberikan seperti yang sudah digariskan dalam syarak.

Ia menjadi hak milik isteri dan tidak boleh diambil oleh sesiapa pun walaupun ahli keluarga sendiri kecuali dengan diberikan keizinan.

Sebelum menyatukan dua hati, satu keputusan rasmi perlu dibentuk terlebih dahulu dengan membincangkan hal-hal penting seperti majlis, wang hantaran, mas kahwin dan sebagainya.

“Hantaran tidak menjadi beban dalam perkahwinan

Seperti yang tular di media sosial, satu video menunjukkan ayah bakal pengantin perempuan berbincang mengenai wang hantaran bersama bakal besannya, baru-baru ini.

Video yang dimuat naik oleh @pakngah_gold di TikTok mendapat perhatian warga maya disebabkan oleh sifat tolak ansur yang ditunjukkan oleh ayah bakal pengantin perempuan itu.

Pada awalnya, keluarga pihak lelaki menimbulkan pertanyaan mengenai wang hantaran untuk bakal pengantin perempuan.

Ia merupakan satu adat untuk bertanya terlebih dahulu walaupun sebelum ini kedua-dua bakal pihak telah menetapkan jumlah yang ingin diberi.

Namun, bagi mengekalkan tradisi, pertanyaan itu harus ditimbulkan supaya satu keputusan dapat dibentuk bersama, selain mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

Dengan nada bergurau, ayah bakal pengantin perempuan menetapkan hantaran yang perlu diberi oleh pihak lelaki ialah sebanyak RM29,990.

“Amalina dia kelulusan accountancy. Jadi kita tetapkan RM29,990 boleh?

“Mas kahwin cerita sudah, ini bab hantaran pula kan.

“Dak dak (tidak) melawak ja (sahaja). Hantaran itu saya melawak, minta maaf,” usik ayah bakal pengantin perempuan itu.

Menurutnya, keputusan dalam menetapkan hantaran tersebut diserahkan sepenuhnya kepada pihak lelaki.

Tegasnya, dia tidak akan meletakkan sebarang syarat dalam hantaran malah ia terpulang dan bergantung kepada pihak lelaki berkenaan jumlah yang mereka mahu berikan kepada anaknya.

“Saya sebenarnya nak bagi jadi contoh supaya hantaran ini tidak menjadi beban dalam soal perkahwinan,” katanya.

Kredit: @pakngah_gold/TikTok

Ujarnya, dia sebaliknya hanya mahu mas kahwin yang diberikan mengikut syarat yang ditetapkan dalam Islam.

“Saya tidak mahu membebankan, yang penting tu mas kahwin. Hat tu yang wajib dalam Islam.

“Hantaran saya serah kepada pihak lelaki menilai. Yang berpatutan, yang tidak membebankan. 

“Ha saya prinsip macam itu. Saya tidak tetapkan,” tambahnya.

Kredit: @pakngah_gold/TikTok

Video itu menjadi viral kerana ia menunjukkan sesetengah ibu bapa masih lagi bertolak ansur dalam perkara yang melibatkan hantaran.

Bukan itu sahaja, malah sifat ayah bakal pengantin perempuan itu juga menjadi contoh bahawa mendirikan rumah tangga sebenarnya mudah dan bukan sulit seperti yang diperkatakan orang lain.

@pakngah_gold

Meminang, mas kahwin dan hantaran #maskahwin #hantaran #perkahwinan

♬ original sound – Fakhrudin Ahmad – Fakhrudin Ahmad

Sumber: @pakngah_gold/TikTok

BACA: Hanya Dua Jam Perjalanan, Ini Tempat Menarik Di Fraser’s Hill Yang Anda Boleh Lawat

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana