Siakap Keli
tragedi kepala air
Kredit BERNAMA

Tragedi Kepala Air: Satu Lagi Mayat Dijumpai Pagi Ini

Tragedi Kepala Air: Satu Lagi Mayat Dijumpai Pagi Ini

CHUKAI, 4 Julai (Bernama) — Satu lagi mayat dipercayai mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih, ditemukan pagi ini.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Penguasa Kanan II Azman Alias berkata mayat dipercayai remaja perempuan ditemukan pada 7.45 pagi sekali gus menjadikan keseluruhan tujuh mangsa telah dijumpai setakat ini.

Bagaimanapun, identiti mangsa belum dikenal pasti kerana pengecaman mayat belum dilakukan oleh waris.

“Mayat dijumpai oleh penduduk kampung di belakang Masjid Kampung Dadong, kira-kira 12 kilometer dari lokasi kejadian. Mayat dibawa naik dari sungai pada 8.15 pagi dan dibawa ke Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih,” katanya kepada pemberita hari ini.

Setakat semalam, enam mayat telah ditemukan dan dikenal pasti identitinya iaitu Karim Abdullah, 39; Azizah Eiyi, 40; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6; dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

Mangsa yang masih hilang ialah Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, Putri Nor Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri Saliman, 24.

Dilaporkan Karim dan Azizah bersama tujuh anak mereka serta Muhammad Fikri yang juga tunang kepada Putri Balqis Izzati pergi berkelah di jeram berkenaan pada Sabtu sebelum hilang dihanyutkan kepala air.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka