Siakap Keli
Youtube Ad Blocker
Kredit: Bernama

Youtube Buat Eksperimen, Pengguna Pakai “Ad Blocker” Dibenar Tonton Tiga Video Sahaja

Youtube Buat Eksperimen, Pengguna Pakai “Ad Blocker” Dibenar Tonton Tiga Video Sahaja

Youtube dilapor sedang menjalankan satu eksperimen kecil secara global untuk menyekat penggunaan sambungan penyekat iklan ad blocker dalam kalangan penggunanya.

Uji kaji ini kali pertama disedari oleh seorang pengguna Reddit pada 28 Jun. Menurut pengguna berkenaan, ujian berkenaan hanya menyasarkan pelanggan Youtube yang mengguna sambungan ad blocker sahaja.

“Nampaknya anda sedang mengguna sambungan ad blocker. Pemain video akan disekat melainkan dibenarkan semula oleh Youtube atau ad blocker dimatikan.

“Iklan membenarkan Youtube dinikmati oleh jutaan pengguna di seluruh dunia secara percuma. Anda juga boleh menikmati perkhidmatan bebas iklan dengan melanggan pakej Youtube Premium.

”Manakala pencipta kandungan masih mendapat bayaran daripada langganan anda,” menurut notis Youtube yang dikongsikan pengguna Reddit berkenaan.

Menurut laporan, ujian ini dilaksanakan secara global dimana pengguna yang menggunakan sambungan tersebut akan menerima arahan tertentu.

Dalam arahan tersebut, pengguna akan diminta untuk mematikan sambungan berkenaan semasa menggunakan Youtube.

Sekiranya pengguna enggan mematikan sambungan atau mengabaikan arahan berkenaan, Youtube akan menghantar satu notis kepada pengguna tersebut. Notis berkenaan mengingatkan bahawa pemain video akan disekat selepas tiga video.

Selepas menerima notis tersebut, pengguna hanya mempunyai dua pilihan sekiranya ingin terus melayari Youtube. Pertama, mereka perlu mematikan sambungan ad blocker dan membenarkan iklan dimainkan. Manakala pilihan kedua adalah melanggan Youtube Premium, iaitu pelan Youtube berbayar tanpa iklan.

Syarikat tersebut turut menggesa penonton agar membenarkan iklan pada platform berkenaan atau cuba melanggan Youtube Premium.

Dalam pada itu, Youtube telah mengesahkan bahawa amaran berkenaan merupakan sebahagian daripada eksperimen yang dijalankannya.

Menurut Bleeping Computer, wakil Youtube menjelaskan mereka mempunyai mekanisme tersendiri sekiranya pengguna terus berdegil menggunakan sambungan ad bloker.

“Dalam beberapa kes ekstrem, fitur playback akan disekat buat sementara waktu. Kami mengambil tindakan ini secara serius dan hanya bertindak jika pengguna gagal menuruti permintaan untuk membenarkan iklan pada laman Youtube,” kata wakil itu.

Walaupun dilaksanakan secara global, Youtube tidak menjelaskan negara atau wilayah mana yang terlibat dengan ujian ini.

Tindakan ini merupakan susulan daripada sebuah eksperimen kecil yang dijalankan pada Mei lepas. Difahamkan, Youtube sebelum ini pernah melakukan ujian untuk menyekat pengguna ad blocker daripada mengakses platform berkenaan.

“Penyekatan ad blocker ini bukanlah satu benda yang baharu dan beberapa laman turut meminta pengguna untuk mematikan ad blocker secara kerap,” kata wakil itu lagi.

Berdasarkan rekod, perkhidmatan YouTube Music dan Premium telah mencapai sebanyak 80 juta langganan. Menurut Variety, hampir 30 juta langganan baharu direkodkan dalam tempoh satu tahun.

BACA: Bukan Saja-Saja, Begini Cara Kod Panggilan Setiap Negara Ditentukan

Sumber: Bleeping Computers

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.