Siakap Keli
aplikasi sistem geotanaman
Kredit: BERNAMA

Ketahui Aplikasi Sistem GeoTanaman, Inovasi Digital Jabatan Pertanian

Ketahui Aplikasi Sistem GeoTanaman, Inovasi Digital Jabatan Pertanian

Bermula tahun 2023, Jabatan Pertanian akan menggunakan sepenuhnya Sistem GeoTanaman untuk mempertimbangkan penerima insentif projek pembangunan pertanian.

Sebelum ini, Jabatan Pertanian giat melaksanakan aktiviti pengumpulan data gunatanah sebagai usaha melengkapkan pangkalan data dan Sistem GeoTanaman itu, adalah Inovasi Digital Jabatan Pertanian dalam pengurusan maklumat serta transformasi perkhidmatan Inventori Tanaman Makanan Negara.

Sebelum dijelaskan dengan lebih lanjut, orang ramai perlu tahu bahawa sistem itu dibina kerana mahu merealisasikan Inisiatif Kerajaan Digital Ke Arah Negara Pintar.

Walaupun lebih ke arah kemajuan dan peredaran zaman, namun teknologi dan kandungan yang dibangunkan juga telah dipastikan untuk tidak mewujudkan jurang baru dalam kalangan masyarakat.

Jadi, mari kita ketahui apa sebenarnya Sistem GeoTanaman serta objektifnya dalam pertanian.

Apa itu sistem GeoTanaman?

Kredit: Jabatan Pertanian

Sistem GeoTanaman atau Sistem Geoinformasi Tanaman Makanan Negara dibangunkan menggunakan konsep service oriented architecture yang boleh dicapai melalui web dan aplikasi telefon bimbit.

Selaras dengan perkembangan teknologi, GeoTanaman itu juga dibuat kerana mahu memperkasakan lagi usahawan tani terutamanya rakyat yang mahu mendapatkan bekalan makanan yang berkualiti.

Sistem GeoTanaman adalah hasil daripada projek Pembangunan Pangkalan Data Inventori Tanaman Makanan Negara Sehingga Lot Kadaster, untuk memperkasakan Pangkalan Data Jabatan Pertanian.

BACA: Lelaki Ajar Cara Bersihkan Ketam Yang Betul, Elak Terkena Keracunan Makanan

Fokus utama sistem GeoTanaman

Antara fokus utama yang lain adalah untuk membantu ekonomi usahawan tani dalam meningkatkan pasaran tanaman makanan negara ke pasaran luar negara.

Kredit: BERNAMA

Perkara itu akan dibantu dengan analisis pengeluaran secara spesifik di lokasi ladang, perancangan penanaman dan pengeluaran berdasarkan permintaan kebangsaan dan tempatan.

Jabatan Pertanian juga mahu GeoTanaman membantu padanan pasaran atau e-dagang secara terus di antara usahawan tani dengan pengeksport dapat dicapai hanya dalam talian.

Bahkan, aplikasi itu juga amat komprehensif dengan mengintegrasikan teknologi sumber terbuka yang melibatkan maklumat geospatial dan bukan spatial di dalam satu persekitaran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang boleh menjimatkan kos serta sumber pembangunannya.

Selain itu, pelanggan data spatial Jabatan Pertanian boleh membuat perolehan data secara online, di mana sistem ini telah mendapat kelulusan dari Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan Jabatan Akauntan Negara dalam melibatkan pembayaran secara atas talian.

Objektif sistem GeoTanaman

1. Menyokong data Balance of Trade (BOT) Tanaman Makanan dalam mengatasi lambakan sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan dan kemasukan sayur-sayuran dan buah-buahan import

2. Membangunkan pangkalan data Geospatial Inventori Tanaman Negara

3. Memetakan tanaman sehingga Lot Kadaster

4. Mewujudkan pangkalan data bersepadu yang teratur, seamless dan yang sentiasa dikemas kini.

BACA: Mudah & Senang, Ini Rupanya Cara Pilot Dirikan Solat Dalam Pesawat

Fungsi sistem GeoTanaman 

Untuk pengetahuan, GeoTanaman mempunyai ciri-ciri yang interaktif, responsif dan mesra pengguna. Dalam masa yang sama, pengguna juga boleh membuat carian secara interaktif dan boleh melakukan analisis mudah spatial.

Aplikasi itu juga berfungsi untuk memaparkan maklumat statistik, peta, carta atau grafik yang mempunyai pautan kepada aplikasi berkaitan geospatial.

Kalau nak tahu, sistem itu bukan sahaja untuk mendapatkan maklumat tanaman negara, malah pengguna juga boleh mengurus, menganalisis dan memaparkan maklumat geospatial tanaman makanan negara.

Dalam pada itu, ia juga berperanan untuk menyimpan, mengemas kini serta membekalkan maklumat dan data gunatanah Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Jabatan Pertanian juga mahu memastikan pengguna mempunyai akses terhadap kemas kini yang terkini.

Ia memudahkan pengurusan maklumat gunatanah pertanian melalui aktiviti penyeragaman, pengemaskinian, perkongsian dan capaian maklumat dan data gunatanah secara atas talian.

Dengan bantuan online, ia juga akan mewujudkan pangkalan data bersepadu yang teratur selain sentiasa dikemaskini untuk memudahkan perkongsian antara agensi.

Jadi, mudahkan dengan menggunakan GeoTanaman ini? Untuk lebih lanjut sila layari laman web Jabatan Pertanian di sini.

Sumber: GeoTanaman

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana