Siakap Keli
irfan abdullah meninggal dunia
Kredit: FB Muhd Irfan

Usahawan Kosmetik Muhd Irfan Abdullah Meninggal Dunia

Usahawan Kosmetik Muhd Irfan Abdullah Meninggal Dunia

Usahawan kosmetik, Muhd Irfan Abdullah dilapor telah meninggal dunia pada petang tadi dipercayai akibat menghidap penyakit kanser.

Menurut Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih (PSSK), jenazah telah selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya.

“Jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang membantu.

“Terima kasih kepada abang Allahyarham yang menyampaikan sumbangan sedekah kepada wakil pertubuhan PSSK,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

BACA: Ibu Pelajar Cemerlang SPM Meninggal Dunia Akibat Angin Ahmar

Kawan ucap takziah

Dalam pada itu, rakan Allahyarham turut berkongsi berita duka itu di laman Facebook.

Khairul Iman Syah Iman yang merupakan rakan sewaktu Muhd Irfan belajar dahulu menyatakan arwah dikenali sebagai panggilan Cempaka sewaktu zaman belajar.

“Dukacita dimaklumkan sahabat batch Dpim 47 UiTM Pahang Muhd Irfan Abdullah atau dikenali Cempaka telah kembali ke rahmatullah.

“Sebagai sahabat satu batch dan berada dalam kelas yang sama sepanjang pengajian, mengenali arwah dengan teladan yang baik.

“Sama-sama kita mendoakan semoga dikurniakan keberkatan atas kebaikan sepanjang hayatnya,” tulisnya.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook Azie Nawawi yang pernah berurusan dengan Muhd Irfan turut membuat satu hantaran di Facebook menyatakan kebaikan arwah.

Katanya, Muhd Irfan memiliki peribadi yang baik dan ramai yang senang dengan sifat yang ditunjukkan olehnya.

Client saya yang juga seorang pempengaruh dan usahawan kosmetik baru sahaja meninggal dunia.

“Sepanjang berurusan dan menyewa kondo yang kami uruskan, dia sangat baik dan tidak memberi sebarang masalah kepada vendor,” katanya.

Difahamkan juga, Muhd Irfan sangat aktif menjual baju, barang kemas dan kosmetik secara dalam talian.

Dia juga sering membuat siaran langsung di platform media sosial untuk memasarkan produknya.

Sumber: Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih/Facebook

BACA: Tak Sempat Sampai Mekah, Jemaah Haji Meninggal Dunia Dalam Pesawat Diserang Strok

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana