Siakap Keli
PRN enam negeri 12 ogos
Kredit BERNAMA

PRN Enam Negeri Diadakan Serentak, Pengundian 12 Ogos, Penamaan Calon 29 Julai

PRN Enam Negeri Diadakan Serentak, Pengundian 12 Ogos, Penamaan Calon 29 Julai

KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, tarikh penamaan calon di keenam-enam negeri berkenaan pula ditetapkan pada 29 Julai, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Baca: “Terus Capai Red & Black,” Wan Chai Cuak Kena Ganggu Ketika Live, Tiba-Tiba Semua Member Lesap Diganggu ‘Makhluk Halus’?

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas di Menara SPR Putrajaya bagi membincangkan tarikh-tarikh penting PRN berkenaan.

Mesyuarat itu diadakan susulan penerimaan notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada Speaker DUN enam negeri berkenaan.

Sebelum ini Kelantan terlebih dahulu membubarkan DUN iaitu pada 22 Jun lepas, diikuti Selangor 23 Jun manakala Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu masing-masing pada 28 Jun dan Negeri Sembilan pada 1 Julai.

Sumber: BERNAMA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.